ADUN Lamag kini ahli UMNO, terima kad keahlian

KINABATANGAN – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag, Mohd Ismail Ayob (Miha) secara rasmi menyertai UMNO selepas menyerahkan borang kemasukan sebagai ahli parti itu dan menerima kad keahlian yang disampaikan sendiri oleh Presiden UMNO, Datuk Ahmad Zahid Hamidi yang berlangsung di Menara Dato’ Onn, World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL), di sini, pada Khamis.

Beliau berkata, langkah berkenaan menjadi permulaan kepada sebuah perjalanan yang lebih besar dalam memperjuangkan agama, bangsa dan negara, khususnya untuk negeri Sabah serta rakyat Lamag.

Menurutnya, beliau dengan penuh keinsafan dan rasa tanggungjawab beriltizam untuk menyumbang tenaga, idea serta komitmen bagi memperkukuhkan perjuangan UMNO di samping mempertingkatkan khidmat kepada rakyat.

“Insya-Allah, saya berharap penyertaan ini dapat memberi sumbangan bermakna kepada parti serta membawa manfaat kepada masyarakat setempat.

“Semoga ALLAH SWT memberkati setiap langkah dan memberikan kekuatan untuk terus istiqamah dalam perjuangan ini,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Related Posts

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

TAWAU – Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat) terus memperkukuh kerjasama untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) demi memastikan kemenangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Presiden Harapan Rakyat, Tan Sri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

KUANTAN – Semangat kebersamaan dalam kalangan penduduk sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Tawar, dekat Jerantut, memberi keyakinan kepada pimpinan UMNO Bahagian itu menjelang pilihan raya umum (PRU) akan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16