
KUNAK – Mahasiswa Kunak yang melanjutkan pengajian di Kota Kinabalu dan Labuan kini berpeluang untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga dengan menikmati dua bas percuma menerusi Program Kunak Homecoming: Raya Edition 2.0.
Program berkenaan ditaja sepenuhnya oleh Pembantu Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif merangkap ADUN Kunak, Datuk Seri Dr. Anil Sandhu.
Anil berkata, inisiatif itu bagi membantu anak Kunak yang belajar di luar daerah bagi membolehkan mereka pulang beraya tanpa perlu menanggung kos perjalanan yang tinggi.
“Kemudahan bas tersebut turut meliputi perjalanan dua hala bagi memudahkan pelajar kembali semula ke Kota Kinabalu selepas cuti perayaan.
“Perjalanan bas dari Kota Kinabalu ke Kunak dijadualkan pada 18 Mac (malam), manakala perjalanan pulang dari Kunak ke Kota Kinabalu pula pada 28 Mac (malam), ” katanya dalam kenyataan, pada Rabu.
Mahasiswa yang berminat boleh membuat pendaftaran secara dalam talian melalui borang yang disediakan di: https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScgyIPuSacFk1wDlX4txKKFRLBvNGu54StW9FAkITOYD-7ehg/viewform?usp=header namun tempat adalah terhad dan mereka digalakkan untuk mendaftar lebih awal.




