
SEORANG pengamal undang-undang, Faizal Rahman mendakwa buku ‘Setahun Kerajaan Madani’ tidak diedarkan oleh pihak sekolah kepada kakitangan dan guru sekolah mereka.
Dia mendakwa terdapat sekolah bukan sahaja tidak mengedarkan buku itu, bahkan membakar buku terbabit.
Faizal melalui hantaran di Facebook berkongsi beberapa keping gambar buku itu berada di atas longgokan bekas unggun api.
“Nampak dak (tak) mengapa BARAH WALAUN wajib dihapuskan hingga ke akar umbi???
“Nampak dak lagi?????
“Buku Laporan “Setahun Kerajaan Madani” TIDAK DIEDARKAN kepada kakitangan dan guru-guru.
“MALAH DIBAKAQQQ!!!! DI BAKAQQQ!!! (dibakar),” tulisnya melalui hantaran itu.

Faizal turut mengingatkan pemimpin kerajaan tidak tertipu dengan sambutan meriah diterima setiap kali turun padang bertemu penjawat awam.
Ini kerana katanya, masih ramai daripada kumpulan penjawat awam ‘pandai bermain wayang’ sedangkan dalam diam menyokong pembangkang.
“Bukalah mata atau hangpa (anda) akan dilipat!! (ditipu),” tambahnya lagi.
Bagaimanapun, tidak dinyatakan secara jelas lokasi gambar dikongsi Faizal diambil.



