Aaron-Wooi Yik juara Singapore Open 2025

AARON Chia dan Soh Wooi Yik dipaksa bekerja keras sebelum bergelar juara Singapore Open 2025.

Aaron-Wooi Yik menewaskan wakil Korea Selatan, Kim Won-ho dan Seo Seung-jae di pentas final kejohanan itu.

Beregu Korea Selatan itu pernah menewaskan Aaron-Wooi Yik dalam saingan India Open.

Set pertama menyaksikan beregu ke-10 dunia mendahului beregu negara pada kedudukan 11-8. Meskipun cuba dicabar Aaron-Wooi Yik, Won-ho-Seung-jae mengungguli set pertama dengan keputusan 21-15.

Set kedua menyaksikan kedua-dua beregu bersaing sengit merebut mata.

Aaron-Wooi Yik kemudiannya memanfaatkan beberapa kesilapan beregu Korea Selatan itu untuk meraih kemenangan 21-18.

Set ketiga menyaksikan Aaron-Wooi Yik meneruskan permainan agresif mereka sebelum meraih kemenangan.

Ini trofi ketiga mereka untuk musim 2025 – selepas gelaran juara Badminton Asia Championship dan Thailand Open.

Related Posts

Chelsea kalah lagi, dibelasah Brighton 3-0

BRIGHTON & Hove Albion membelasah Chelsea 3-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris, sekali gus melonjak ke tangga keenam liga dengan 50 mata. Ferdi Kadioglu membuka jaringan seawal minit ketiga sebelum…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wolves turun liga selepas gagal elak penyingkiran

WOLVES disahkan tersingkir dari saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi tadi selepas keputusan seri tanpa jaringan West Ham United menentang Crystal Palace menutup peluang mereka untuk kekal. Kelab dari…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

PMX umum bantuan RM1,500 kepada 300 keluarga Kg Bahagia terjejas kebakaran

Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

Tidak komited kepada parti, 15 AJK letak jawatan – Noor Amin

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

Keutamaan bantuan pada warganegara, prinsip kemanusiaan tetap dipelihara – PMX

Tinjau kemudahan sekolah di Pujut, fokus penambahbaikan RTP 2026

Tinjau kemudahan sekolah di Pujut, fokus penambahbaikan RTP 2026

Polis Padang Besar lancar ‘task force’ pantau stesen minyak sempadan

Polis Padang Besar lancar ‘task force’ pantau stesen minyak sempadan

Isu zakat Perlis tiada kaitan Jabatan Mufti

Isu zakat Perlis tiada kaitan Jabatan Mufti