Aaron-Wooi Yik bakal tempuh laluan sukar

PARIS – Tembok Besar China nyata sukar untuk dirobohkan beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik apabila tumbang kepada Liang Wei Keng-Wang Chang dalam aksi terakhir kumpulan di Sukan Olimpik Paris 2024 awal pagi tadi.

Aksi di Porte de La Chapelle Arena itu menyaksikan Aaron-Wooi Yik terpaksa berpuas hati dengan kedudukan naib juara Kumpulan A selepas tewas 22-24, 14-21 kepada pasangan nombor satu dunia dalam pertarungan selama 42 minit.

Beregu negara itu memulakan kempen dengan menewaskan beregu nombor 18 dunia dari Great Britain, Ben Lane-Sean Vendy 19-21, 21-16, 21-11 pada Sabtu sebelum mengesahkan tiket suku akhir dengan menyingkirkan wakil Kanada, Adam Dong-Nyl Yakura 21-10, 21-15 semalam.

Pada pertemuan dengan Wei Keng-Wang Chang, Aaron-Wooi Yik selaku pasangan nombor empat dunia melakukan usaha berani pada set pertama untuk mengejar daripada ketinggalan lima mata kepada 20-20 tetapi gagal melakukan penyudahan.

Kembali ke set kedua, Wei Keng-Chang, penyandang juara Asia, kekal mengawal perlawanan untuk melebarkan rekod kemenangan menentang lawan mereka kepada tujuh dalam sembilan pertemuan.

“Kami menikmati perlawanan tanpa tekanan dan menganggap ini sebagai perlawanan latihan kerana kami masih mempunyai beberapa perlawanan lagi.

“Sudah tentu, kami berharap untuk mendapat warna pingat yang berbeza (selepas memenangi gangsa di Tokyo 2020), tetapi kami seperti melangkah setapak demi setapak,” kata Aaron selepas perlawanan.

Sementara itu, Wooi Yik berkata menentang pilihan utama itu sentiasa menjadi tugas berat dan adalah penting bagi mereka memperbaiki kelemahan menjelang peringkat kalah mati bermula, Khamis.

Kekalahan itu bermakna Aaron-Wooi Yik akan mendapat undian suku akhir yang lebih sukar kerana terpaksa berdepan dengan salah satu juara kumpulan.

Undian bagi peringkat lapan terakhir akan diadakan selepas selesai perlawanan peringkat kumpulan beregu lelaki, esok.

Related Posts

Tawau jadi tuan rumah Sukan Sabah XI bermula 11 Oktober ini

KOTA KINABALU – Tawau dipilih sebagai tuan rumah bagi penganjuran Sukan Sabah (SAGA) XI yang akan berlangsung dari 11 hingga 17 Oktober depan, melibatkan lebih 10,000 atlet dari seluruh daerah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sungai Krian ‘dilanggar Todak’ lagi, hatrik juara Regata Kalaka

SARATOK – Sungai Krian sekali lagi menyaksikan dominasi Pasukan Todak Berjaya, milik Pansari Kalaka, apabila muncul juara bagi acara utama Bidar 30 dalam Regata Kalaka 2025, menjadikan kemenangan ini sebagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MINDA TOK ABAH: Politik perubahan vs perubahan politik

MINDA TOK ABAH: Politik perubahan vs perubahan politik

Henti polemik lantikan Ketua Hakim Negara, tiada campur tangan politik – KP JKOM

Henti polemik lantikan Ketua Hakim Negara, tiada campur tangan politik – KP JKOM

MCMC ambil keterangan individu siar kandungan palsu pelantikan Ketua Hakim Negara

MCMC ambil keterangan individu siar kandungan palsu pelantikan Ketua Hakim Negara

Minyak masak peket disita, guna untuk masak dan jual makanan kepada warga asing

Minyak masak peket disita, guna untuk masak dan jual makanan kepada warga asing

Suria Capital nafi kaitan dengan Suria Sabah Mall, kawal penuh operasi JPFT

Suria Capital nafi kaitan dengan Suria Sabah Mall, kawal penuh operasi JPFT

Selangor percepat penempatan doktor atasi kesesakan pesakit

Selangor percepat penempatan doktor atasi kesesakan pesakit