Sultan Ibrahim titah perbelanjaan awam perlu cekap, berhemah

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, menekankan kepentingan pendekatan berhemah dalam perbelanjaan awam bagi memastikan sumber negara diurus dengan cekap dan berkesan.

Menurut hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini, Seri Paduka bertitah pendekatan itu amat penting dalam menghadapi ketidaktentuan ekonomi global ketika ini.

“Seri Paduka Baginda turut mengambil maklum langkah berjimat yang dilaksanakan kerajaan dalam usaha memperkukuh kedudukan kewangan negara,” menurut hantaran berkenaan.

Titah itu disampaikan semasa Seri Paduka menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Istana Bukit Tunku, di sini.

Turut hadir ialah Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Datuk Raja Nushirwan Zainal Abidin, serta Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Kamadjaja Aziz.

Hantaran itu menjelaskan bahawa dalam sesi menghadap berkenaan, Seri Paduka Baginda dipersembahkan taklimat mengenai perkembangan semasa ekonomi dan keselamatan negara, termasuk kos sara hidup serta langkah kerajaan untuk memastikan pertumbuhan ekonomi kekal mampan.

Selain aspek ekonomi, taklimat turut merangkumi keselamatan negara, termasuk keselamatan dalam negeri, kawalan sempadan, serta kesiapsiagaan pasukan keselamatan.

Hantaran itu menegaskan bahawa sesi taklimat mencerminkan keprihatinan Seri Paduka Baginda terhadap perkembangan semasa negara.

Related Posts

Rakyat Malaysia di Yaman diminta kekal di lokasi selamat

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia yang berada di Yaman, khususnya di sekitar Mocha dan Taiz, dinasihatkan supaya kekal di lokasi selamat susulan perkembangan terkini di negara berkenaan. Kedutaan Besar Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

KOTA KINABALU – Ketika kanak-kanak lain seusianya bebas bermain tanpa memikirkan apa-apa, satu kejadian ketika berusia empat tahun mengubah kehidupan Nurhadrieyana Paiman.‎‎Insiden tercucuk pensil menyebabkan penglihatan mata kirinya terjejas, sekali…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakyat Malaysia di Yaman diminta kekal di lokasi selamat

Rakyat Malaysia di Yaman diminta kekal di lokasi selamat

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Sebelah mata tidak melihat, impian Nurhadrieyana tetap terang

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Bil elektrik naik? TNB jelaskan mekanisme AFA dan faktor penggunaan

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Hari Malaysia medan muhasabah nasional, bina masyarakat matang

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Jika benar-benar kuat, UMNO perlu bertanding solo di Melaka – Tajuddin

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM

Malaysia-Maldives perluas kerjasama pertahanan, hal ehwal Islam – PM