‎Polis kesan taktik guna surat rasmi palsu PDRM minta sumbangan raya ‎

KOTA KINABALU – Orang ramai diingatkan supaya tidak terpedaya dengan taktik terbaharu sindiket penipuan yang menyamar sebagai pegawai polis dan menggunakan surat rasmi palsu bagi memohon sumbangan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

‎Taktik itu dikesan selepas Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Kota Kinabalu menerima laporan berhubung kegiatan individu tidak bertanggungjawab yang menyamar sebagai pegawai kanan polis untuk mengutip dana Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Jabatan Trafik dan Pengangkutan IPK Sabah bagi tahun 2026.

‎Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintenden Syed Lot Syed Ab Rahman berkata, hasil siasatan awal mendapati suspek menggunakan surat palsu dengan kepala surat (letterhead) PDRM Kontinjen Sabah untuk meyakinkan mangsa.

‎”Siasatan kini dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

‎”Pihak polis ingin menasihatkan semua lapisan masyarakat agar sentiasa berhati-hati sekiranya menerima surat memohon sumbangan bagi aktiviti polis, terutama yang dihantar melalui aplikasi WhatsApp,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

‎Beliau turut menegaskan agar masyarakat membuat semakan terus dengan pihak polis terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang transaksi kewangan bagi mengelakkan kerugian.

‎PDRM turut menyeru penglibatan masyarakat untuk sentiasa peka dan ‘cakna’ dengan pelbagai taktik terkini jenayah penipuan bagi memastikan mereka tidak menjadi mangsa seterusnya.

Related Posts

Jerebu semakin meruncing, Maxim edar pelitup muka percuma buat penumpang

KUCHING – Syarikat penyedia perkhidmatan e-panggilan, Maxim Malaysia mengambil inisiatif proaktif mengedarkan pelitup muka secara percuma kepada penumpangnya di sekitar bandar raya ini susulan keadaan jerebu yang semakin meruncing. Keadaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lambakan buah tempatan berpotensi jana pendapatan tambahan komuniti luar bandar

SARATOK – Lambakan buah-buahan bermusim di kawasan luar bandar berpotensi besar untuk dikomersialkan menjadi produk makanan bernilai tambah, sekali gus membuka peluang penjanaan pendapatan baharu kepada komuniti setempat. Ahli Dewan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SPRM ingatkan masyarakat jangan mudah percaya maklumat tular

SPRM ingatkan masyarakat jangan mudah percaya maklumat tular

Leeds belasah Newcastle 4-1

Leeds belasah Newcastle 4-1

Jerebu semakin meruncing, Maxim edar pelitup muka percuma buat penumpang

Jerebu semakin meruncing, Maxim edar pelitup muka percuma buat penumpang

Lambakan buah tempatan berpotensi jana pendapatan tambahan komuniti luar bandar

Lambakan buah tempatan berpotensi jana pendapatan tambahan komuniti luar bandar

Proklamasi pelucutan Tuanku Muhriz bercanggah adat, undang-undang – Pakar

Proklamasi pelucutan Tuanku Muhriz bercanggah adat, undang-undang – Pakar

Salleh gesa Noorazli mohon maaf secara terbuka

  • By Ezmie
  • September 15, 2026
Salleh gesa Noorazli mohon maaf secara terbuka