‎Sabah wilayah berdaulat, hentikan provokasi dan hormati undang-undang antarabangsa

KOTA KINABALU – Pergerakan Wanita Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) menegaskan, Sabah adalah wilayah berdaulat Malaysia dan sebarang cubaan menghidupkan semula tuntutan terhadap negeri itu perlu dihentikan serta-merta kerana bersifat provokatif dan tidak berasas.

‎Ketuanya, Redonah Bahanda berkata, pihaknya mengecam kenyataan Senator Filipina, Robin Padilla yang menggesa agar tuntutan terhadap Sabah dikemukakan semula.

‎”Kenyataan tersebut bukan sahaja tidak bertanggungjawab dan bersifat provokatif, malah jelas menunjukkan kegagalan memahami realiti sejarah, prinsip undang-undang antarabangsa serta kedaulatan Malaysia yang telah lama diiktiraf dunia.

‎”Sabah adalah wilayah berdaulat dalam Malaysia, yang terbentuk berasaskan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

‎”Kedudukan ini diperkukuh melalui kehendak rakyat Sabah sendiri yang secara sah dan demokratik memilih untuk bersama dalam Persekutuan Malaysia.

‎”Maka, sebarang cubaan untuk mempertikaikan perkara ini adalah tidak relevan, tidak berasas dan wajib ditolak sepenuhnya,” kongsinya dalam satu kenyataan, di sini, pada Sabtu.

‎Tambah Redonah, hakikat kedudukan Sabah sebagai sebahagian daripada Malaysia telah mendapat pengiktirafan antarabangsa dan tidak boleh dipersoalkan sewenang-wenangnya.

‎”Sebarang usaha untuk menghidupkan semula tuntutan lapuk ini, termasuk cadangan rundingan berkaitan wilayah atau hasil bumi, hanyalah retorik dangkal yang bermotifkan kepentingan politik sempit.

‎”Lebih membimbangkan, kenyataan ini timbul ketika dunia sedang berdepan ketidaktentuan pasaran tenaga global. Ini menimbulkan persoalan sama ada terdapat agenda tersembunyi untuk mengeksploitasi kekayaan sumber asli Sabah, termasuk minyak dan gas.

‎“Tindakan sebegini bukan sahaja tidak beretika, malah mencabar kedaulatan negara secara terbuka,” ujarnya.

‎Dalam pada itu, Redonah berkata, Pergerakan Wanita PGRS menolak sekeras-kerasnya sebarang bentuk tuntutan terhadap Sabah dalam apa jua cara, sama ada melalui tekanan politik mahupun diplomatik.

‎”Kami mempunyai keyakinan penuh terhadap kepimpinan Ketua Menteri, Hajiji Noor dalam mempertahankan hak dan kedaulatan Sabah daripada sebarang ancaman luar.

‎”Sehubungan itu, Wanita PGRS berdiri teguh bersama Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan dalam memastikan kedaulatan Sabah terus dipertahankan tanpa kompromi.

‎”Kami juga menyeru seluruh rakyat Malaysia, khususnya rakyat Sabah, agar terus bersatu hati dan berpendirian tegas dalam menolak sebarang cubaan pihak luar yang ingin mencabar kedaulatan negeri ini.

‎”Sabah bukan untuk dipertikaikan. Sabah adalah milik Malaysia,” tegasnya.

Related Posts

Skim PADURI MADANI sedia dana RM230 juta bantu usahawan B40

KUANTAN – Seramai 585 pemimpin sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Cawangan Kuantan berhimpun bagi memperkukuh jaringan dan hala tuju ekonomi komuniti B40, selaras dengan pelancaran inisiatif terbaharu kerajaan menerusi Skim…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bekas kerani syarikat guaman didakwa pecah amanah RM33,827

BALIK PULAU – Bekas kerani sebuah syarikat guaman dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas enam pertuduhan melakukan pecah amanah membabitkan kerugian wang berjumlah RM33,827 antara 2020 hingga…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Harga runcit RON95, RON97 dan diesel turun bermula esok

Harga runcit RON95, RON97 dan diesel turun bermula esok

PM umum kenaikan geran KRT kepada RM10,000 setahun

PM umum kenaikan geran KRT kepada RM10,000 setahun

Skim PADURI MADANI sedia dana RM230 juta bantu usahawan B40

Skim PADURI MADANI sedia dana RM230 juta bantu usahawan B40

Penjawat awam pemacu utama lonjakan daya saing Malaysia – PM

Penjawat awam pemacu utama lonjakan daya saing Malaysia – PM

Penyedia platform media sosial boleh dikenakan penalti RM10 juta, jika langgar syarat pengesahan umur pengguna

Penyedia platform media sosial boleh dikenakan penalti RM10 juta, jika langgar syarat pengesahan umur pengguna

Ahmad Farhan dilantik Pengerusi PH Pahang

Ahmad Farhan dilantik Pengerusi PH Pahang