Lebih 1,000 jemaah hadiri majlis kesyukuran ulang tahun kelahiran rasmi ke-75 Tun Musa

KOTA KINABALU – Lebih 1000 jemaah menghadiri majlis kesyukuran, doa selamat dan solat hajat sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi ke-75 Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Musa Aman yang berlangsung dengan penuh istiadat dan suasana keagamaan di Masjid Negeri Sabah, pada Jumaat.

Tun Musa bersama isteri, Toh Puan Faridah Tussin berangkat tiba di Masjid Negeri sekitar jam 11.17 pagi.

Ketibaan mereka disambut oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor bersama ahli Kabinet Negeri Sabah.

Majlis dimulakan dengan bacaan surah Yasin dan tahlil sebelum diteruskan dengan bacaan doa selamat.

Sejurus selesai solat, Tun Musa berkenan memotong pulut kuning dan menyampaikan sumbangan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) kepada beberapa institusi.

Acara diakhiri dengan jamuan makan tengah hari sebelum keberangkatan pulang Tun Musa.

Majlis turut dihadiri pelbagai lapisan kepimpinan negeri, termasuk ketua jabatan, setiausaha tetap kementerian, Ahli Dewan Undangan Negeri serta jemputan kenamaan lain.

Related Posts

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

SELAMA – Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) mental dilaporkan hilang selepas dipercayai keluar dari rumahnya di daerah ini pada Sabtu lalu. Mangsa dikenali sebagai Zakaria Shamsudin, 42, seorang lelaki…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Warga emas hilang mencari sarang burung walit belum ditemukan

LAHAD DATU – Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) hari kedua seorang lelaki warga emas yang dilaporkan hilang di dalam Gua Tepadung, Segama, di sini, semasa menjalankan aktiviti mencari sarang burung…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

Lelaki OKU mental hilang sejak Sabtu, operasi SAR dilaksana

Warga emas hilang mencari sarang burung walit belum ditemukan

Warga emas hilang mencari sarang burung walit belum ditemukan

Video viral, dua lelaki disyaki cuba curi kabel Telekom ditahan

Video viral, dua lelaki disyaki cuba curi kabel Telekom ditahan

Empat sekeluarga maut, seorang tercampak atas bumbung kereta dalam nahas lima kenderaan

Empat sekeluarga maut, seorang tercampak atas bumbung kereta dalam nahas lima kenderaan

Fahmi seru semua pihak hayati titah Agong, junjung semangat Rukun Negara

Fahmi seru semua pihak hayati titah Agong, junjung semangat Rukun Negara

Platform media sosial wajib patuhi undang-undang Malaysia – Fahmi

Platform media sosial wajib patuhi undang-undang Malaysia – Fahmi