Che Puan Khaleeda bidas pihak tunggang agama zalim terhadap kanak-kanak

JOHOR BAHRU – Tindakan tegas perlu diambil jika berlaku sebarang bentuk kekejaman terhadap kanak-kanak tanpa sebarang pengecualian termasuk atas nama agama, tegas isteri Tunku Mahkota Johor, Che’ Puan Mahkota Khaleeda Bustamam.

Baginda menyatakan bahawa cubaan menggunakan agama sebagai alasan untuk tindakan kejam bukan sahaja menghina undang-undang, malah mencemarkan kesucian agama.

Menerusi catatan di media sosial, Che Puan Khaleeda bertitah bahawa agama sepatutnya menjadi asas kepada kasih sayang, perlindungan, dan kesejahteraan, terutama terhadap golongan yang lemah seperti kanak-kanak.

“Setiap agama menuntut keadilan bagi mereka yang tidak berdaya mempertahankan diri. Oleh itu, apabila jenayah sekeji ini berlaku, adalah tanggungjawab kita semua untuk memastikan pelakunya dihadapkan ke muka pengadilan tanpa kompromi,” titahnya.

Terdahulu, polis berjaya menyelamatkan 402 kanak-kanak berusia antara setahun hingga 17 tahun yang disyaki menjadi mangsa eksploitasi di 18 rumah amal di Selangor dan Negeri Sembilan dalam Op Global pada Rabu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, daripada jumlah itu, masing-masing membabitkan 201 kanak-kanak lelaki dan perempuan.

Selain tindakan undang-undang, Che Puan Khaleeda menyeru kerajaan untuk memperkukuh pemantauan terhadap rumah amal serta institusi penjagaan kanak-kanak.

Dalam masa yang sama, baginda turut menggesa kerjasama daripada pelbagai pihak termasuk pihak berkuasa, badan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat awam, dalam melindungi kanak-kanak daripada sebarang bentuk penganiayaan.

“Pihak berkuasa perlu memastikan kebajikan kesemua 402 mangsa dalam insiden tersebut terjamin.

“Ia termasuk langkah pemulihan serta sokongan psikologi dan sosial harus diberikan segera bagi membantu mereka pulih daripada trauma akibat eksploitasi,” titahnya.

Che Puan Khaleeda turut menegaskan tiada individu yang berhak mengambil kesempatan atas kelemahan kanak-kanak, apatah lagi berselindung di sebalik ‘topeng’ agama atau aktiviti kebajikan.

Related Posts

UMNO tutup buku MN, agenda itu telah berakhir

KUALA LUMPUR – UMNO tidak berhasrat menghidupkan semula Muafakat Nasional (MN) kerana menganggap kerjasama tersebut sudah berakhir dan tidak lagi menjadi agenda parti itu. Pengerusi UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Istiadat Pemasyhuran Tunku Datuk Seri Nadzaruddin di Melaka tak sah, tidak boleh diiktiraf

SEREMBAN –  Istiadat Pemasyhuran Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 yang berlangsung di sebuah hotel di Alor Gajah, Melaka pada Jumaat lalu tidak sah serta tidak diiktiraf dari sudut Perlembagaan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pembukaan SA Mart di Mahkota Square bantu perluas pasaran produk IKS

Pembukaan SA Mart di Mahkota Square bantu perluas pasaran produk IKS

Status tapak Tabika KEMAS Sungai Assan perlu diselesaikan segera

Status tapak Tabika KEMAS Sungai Assan perlu diselesaikan segera

Reaksi bercampur di Terengganu susulan keputusan tamat kerjasama Bersatu-Pas

Reaksi bercampur di Terengganu susulan keputusan tamat kerjasama Bersatu-Pas

Letupan luar jangka tutup Jalan Kota Bharu-Gua Musang, laluan dibuka semula hari ini

Letupan luar jangka tutup Jalan Kota Bharu-Gua Musang, laluan dibuka semula hari ini

Polis buru suspek bantu siasatan kes tetak di Sundar

Polis buru suspek bantu siasatan kes tetak di Sundar

Struktur haram di Sungai Makau dibina tanpa kelulusan MPKj

Struktur haram di Sungai Makau dibina tanpa kelulusan MPKj