Pas dan formula mengarut

KREDIBILITI Pas sebagai sebuah parti yang memperjuangkan pelaksanaan Islam di negara ini semakin hari semakin jauh tersasar, bahkan kini sampai pada titik mengarut.

Kemengarutan itu, antaranya boleh dilihat sekurang-kurangnya daripada tiga bongkah peristiwa yang sedang dicetuskan oleh parti itu sendiri.

Pertama: Perkahwinan rentas kaum dan rentas budaya

Dalam banyak keadaan, orang bukan Islam, khasnya yang berbangsa Cina dan yang berpihak kepada Parti Tindakan Demokratik (DAP) dianggap oleh Pas sebagai musuh Islam, tetapi apabila masuk kepada bab mendapatkan undi, tiba-tiba nadanya jadi lain.

Dicadangkan oleh Ketua Pemuda Pas Selangor agar pemuda Pas mencuba formula mengahwini wanita bangsa lain.

Atas sebab mendapatkan undi, tiba-tiba segala makian, carutan, cercaan, tuduhan, dan ftnah yang dilemparkan kepada bangsa dan agama lain mahu dilupakan begitu sahaja, kemudian datang terhegeh-hegeh mengurat.

Ini apa tujuannya; mahu mengembangkan parti atau melunaskan hawa nafsu semata-mata – tidak padan dengan isteri sebangsa, mahu mencuba nikmat beristerikan bangsa lain? Besar betul hajat dan imaginasi geng “Mamat Tujuh Inci” dalam bab begini.

Malangnya, dalam bab kahwin rentas agama dan rentas budaya ini, cadangan hanya dibuka kepada kepada lelaki; tidak kepada wanita Pas. Tidak adil betul. Yang berhak bersedap-sedap dalam Pas itu hanya kaum lelakinya sahajakah?

Kenapa tidak dicadangkan wanita Pas berkahwin beramai-ramai dengan lelaki Sudan, lelaki Oman, lelaki Kenya agar Pas lebih bersifat antarabangsa setelah Hadi gagal melaksanakan tugasnya sebagai Duta Timur Tengah dulu?

Kalaupun tidak dengan lelaki negara-negara itu, kenapa tidak dicadangkan wanita Pas berkahwin sahaja dengan lelaki Rohingya, Bangladesh, Pakistan, dan lelaki dari negara lain yang ada dalam negara ini sama ada yang masuk ikut peraturan ataupun tidak?

Kedua: Pemuda Pas kemukakan usul Anwar turun jawatan

Dalam muktamar parti itu, Pemuda Pas mengemukakan usul agar partinya mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) meletak jawatan sebagai Perdana Menteri (PM).

Apa masalahnya, Pas ini?

Hanya kerana parti kamu gagal menjadi kerajaan, maka segala pencapaian DSAI yang kini berdiri kukuh sebagai Perdana Menteri Kesepuluh (PMX) mahu kamu kacau.

Itu semua memberi gambaran bahawa betapa teruknya formula Pas untuk berkuasa dan kini kelihatan mereka sangat stres dan berigauan buruk.

Parti ini hidup dalam sindrom penafian – menidakkan segala kejayaan PMX menerajui negara yang diakui oleh badan bebas antarabangsa sebagai pemimpin yang hebat!

Pas dengan formula mendesak PMX turun daripada jawatan ketika negara kian stabil dan dipandang tinggi di peringkat antara bangsa, jelas mengalami skizofrenia.

Ketiga: Pas tuduh kerajaan sekat kebebasan bersuara tetapi bising apabila DAP keluarkan kenyataan

Ketua Pemuda Pas – Afnan Hamimi Taib Azamudden – mendakwa kononnya Kerajaan Perpaduan menyekat kebebasan bersuara namun pada masa yang sama, suara jahat parti itu berkumandang dalam pelbagai media.

Sebuah akaun Facebook yang cenderung kepada parti itu, yang menggunakan nama K*p*k Utara, contohnya, hampir setiap jam memaparkan hantaran tidak berakhlak.

Walaupun suara Pas yang penuh dengan suara kebencian dan tidak menggambarkan itu suara pejuang Islam, hingga kini kementerian yang berkenaan membiarkannya.

Sepatutnya kejahatan suara Pas dan media yang cenderung kepada mereka yang berperangai sedemikian sudah diambil tindakan kerana sangat melampau dan jahat.

Yang peliknya, apabila sesekali DAP mengeluarkan pandangan dalam sesuatu isu, Pas bising, menuduh kerajaan itu ini – meroyan seperti orang hilang akal.

Timbul pertanyaan, kebebasan bersuara yang bagaimana yang Pas mahukan?

Kesimpulannya, Pas sebuah parti yang sudah berada dalam sindrom paranoid dengan formula yang lucu, dangkal, tidak relevan, dan bersifat pandir

Pas (dan sekutunya) melabelkan Rafizi Ramli Raja Formula – suatu sindirian jahat yang bertujuan menjatuhkan reputasi Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat itu.

Sungguhpun begitu, formula Rafizi Ramli ternyata berkesan berbanding formula Pas yang hanya tahu bercakap bab kahwin, fitnah, dan bising tak bertempat.

Pas, formula kamu ke laut!

Related Posts

MINDA TOK ABAH: Langkah sepanjang zaman Siti Hajar

ALHAMDULILLAH, umat Islam sekali lagi menyambut Aidiladha. Sebuah perayaan yang bukan sekadar hadir dengan takbir dan ibadah korban, tetapi membawa bersama kisah-kisah agung tentang ketaatan, keikhlasan dan pengorbanan manusia kepada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan MADANI catat rekod terbaik, selesai 9 tuntutan MA63 dalam 3 tahun

SELAMA lebih 60 tahun selepas pembentukan Malaysia, isu MA63 sering dijadikan janji politik setiap kali pilihan raya datang menjengah. Semua yang pernah menduduki kerusi nombor 1 di Putrajaya bercakap tentang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hak 40 peratus Sabah: Komitmen PMX beri keyakinan baharu kepada Sabah – Joachim

Hak 40 peratus Sabah: Komitmen PMX beri keyakinan baharu kepada Sabah – Joachim

Jungle Food Lab tarikan utama International Week 2026

Jungle Food Lab tarikan utama International Week 2026

Tuntutan 40 peratus hak Sabah: Saya tidak mahu dilihat melengah-lengahkan – Anwar

Tuntutan 40 peratus hak Sabah: Saya tidak mahu dilihat melengah-lengahkan – Anwar

Gangguan bekalan elektrik, Loji Rawatan Air Utara ditutup sementara

Gangguan bekalan elektrik, Loji Rawatan Air Utara ditutup sementara

Malaysia boleh jadi Kota Baca dalam 20 tahun lagi

Malaysia boleh jadi Kota Baca dalam 20 tahun lagi

Penjimatan kerajaan disalur semula kepada rakyat – Anwar

Penjimatan kerajaan disalur semula kepada rakyat – Anwar