TAWAU – Empat buah rumah jenis tidak kekal dan sebuah bangunan kedai jenis kekal terbakar dalam kejadian di Tanjung Batu Laut jalan Kampung Pukat, di sini, pada Selasa.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tawau, Jemishin Ujin berkata, sebaik menerima panggilan kecemasan 11.39 pagi, sepasukan 19 anggota bersama jentera bergegas ke lokasi.
“Pasukan bomba bertindak memadam kebakaran menggunakan dua aliran 300 kaki empat pancutan dan sumber air didapati daripada Jentera Water Tanker Bomba.
“Dua buah rumah musnah sepenuhnya, dua rumah masing-masing terbakar 90 peratus dan 10 peratus manakala bangunan kedai terbakar 10 peratus.

“Tiada sebarang mangsa terlibat dalam kejadian ini,” katanya ketika dihubungj The Malaysia Press.
Operasi kemudian ditamatkan pukul 1.36 tengah hari selepas memastikan kawasan sekitar selamat.





