Op Selamat 26: 250 anggota polis Kuching digerak, amaran main mercun lepas 12 tengah malam

KUCHING – Seramai 250 pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching ditugaskan sepanjang pelaksanaan Op Selamat ke-26 sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri yang bermula dari 19 hingga 24 Mac ini.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu berkata, operasi selama enam hari itu bertujuan untuk menurunkan kadar kemalangan, melancarkan pergerakan trafik, serta mencegah jenayah terutamanya kes pecah rumah.

“Bagi mencegah jenayah pecah rumah, polis akan melakukan rondaan secara berkala di kawasan perumahan bagi memastikan kediaman yang ditinggalkan penghuni berada dalam keadaan selamat sepanjang musim perayaan.

“Orang ramai yang merancang untuk pulang bercuti dinasihatkan agar memaklumkan pergerakan mereka kepada pihak polis menerusi aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP), menghubungi balai polis berhampiran, atau mengisi borang di portal rasmi PDRM,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Program Advokasi Kempen Keselamatan Jalan Raya Op Selamat 26 Peringkat IPD Kuching di Petros Darul Hana MFS, Jalan Tun Datuk Patinggi Abang Haji Muhammad Sallahudin, Petra Jaya pada Khamis.

Mengulas aspek lalu lintas, Alexson memberitahu, Op Lancar turut digerakkan bermula semalam (18 Mac) hingga 20 Mac, dan juga pada 27 Mac dengan fokus pemantauan di tiga lokasi kerap berlaku kemalangan iaitu di Jalan Tun Razak, Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce, dan Jalan Tun Jugah.

Tambahnya, bagi memberi keselesaan kepada pengguna kenderaan kecil, pergerakan kenderaan berat dan barangan dilarang berada di atas jalan raya pada 19 dan 20 Mac, serta 28 dan 29 Mac.

Dalam perkembangan sama, beliau memberi amaran tegas kepada orang awam supaya tidak bermain mercun dan bunga api melebihi jam 12 tengah malam bagi mengelakkan gangguan ketenteraman awam.

“Tindakan undang-undang di bawah Seksyen 7 Akta Bahan Letupan 1957 boleh diambil terhadap mana-mana individu yang ingkar dengan arahan ini,” tegasnya.

Menyentuh mengenai rekod kemalangan jalan raya, Alexson berkata, perbandingan statistik menunjukkan penurunan sebanyak tujuh kes (7.29 peratus) iaitu 89 kes pada Op Selamat ke-24 (tahun 2025) berbanding 96 kes pada Op Selamat ke-22 (tahun 2024), manakala rekod kemalangan maut kekal sifar.

“Justeru, pengguna jalan raya dinasihatkan merancang perjalanan dengan baik, mematuhi had laju, elak mengekori kenderaan terlalu rapat, tidak memotong di garisan berkembar dan jangan sesekali memandu di bawah pengaruh alkohol,” pesannya.

Related Posts

Program Cakna Demokrasi Petra Jaya perkasa kepimpinan 62 belia PBB

KUCHING – Seramai 62 peserta sayap Pergerakan Belia Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menyertai Program Cakna Demokrasi Petra Jaya bagi memperkukuh kefahaman kepemimpinan pada Sabtu lalu. Peserta yang mewakili PBB…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MBM roboh struktur dan bersihkan tapak sampah haram di Eastwood

MIRI – Majlis Bandaraya Miri (MBM) bertindak merobohkan struktur binaan berserta tapak pelupusan sampah haram di kawasan rizab jalan Estet Perindustrian Eastwood pada Selasa. MBM dalam satu kenyataan memaklumkan, tindakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program Cakna Demokrasi Petra Jaya perkasa kepimpinan 62 belia PBB

Program Cakna Demokrasi Petra Jaya perkasa kepimpinan 62 belia PBB

PRN Johor: Anwar harap majikan Singapura beri pelepasan pekerja Malaysia pulang mengundi

PRN Johor: Anwar harap majikan Singapura beri pelepasan pekerja Malaysia pulang mengundi

MBM roboh struktur dan bersihkan tapak sampah haram di Eastwood

MBM roboh struktur dan bersihkan tapak sampah haram di Eastwood

Polis cari pemandu MPV langgar maut lelaki di bahu jalan

Polis cari pemandu MPV langgar maut lelaki di bahu jalan

70 tahun FELDA bentuk generasi peneroka berjiwa kental

70 tahun FELDA bentuk generasi peneroka berjiwa kental

Pengundian awal di IPD Johor Bahru Utara capai 33 peratus setakat 10 pagi

Pengundian awal di IPD Johor Bahru Utara capai 33 peratus setakat 10 pagi