Hotel kucing terima tempahan luar biasa musim raya

SETIAP kali cuti panjang Hari Raya Aidilfitri, pencinta kucing gelisah mencari tempat penjagaan selamat, bersih dengan harga berpatutan untuk si bulus. Ramai pemilik kucing mengambil inisiatif menempah hotel kucing untuk memastikan haiwan kesayangan mereka tidak terbiar.

Salah satu hotel kucing iaitu Pawradise Inn menerima tempahan luar biasa. Pemiliknya, Datin Sabtuyah Borhan, 53, berkata, tempahan bagi hari raya kali ini adalah sebanyak 80 ekor kucing.

“Kami mengambil inisiatif mengumumnya dalam TikTok dan Instagram rasmi yang hotel kucing kami sudah ditempah penuh.

“Anggaran untuk hari raya ni ialah mencecah 80 ekor begitu. Seperti yang kamu nampak di sini senarai menunggu masih banyak,” katanya ketika ditemui wartawan The Malaysia Press.

Anak jati Sarawak itu berkata, disebabkan terlalu banyak tempahan beliau terpaksa menambah bilangan sangkar kucing yang baharu untuk menampung jumlah tempahan.
 
Idea buka hotel kucing tercetus selepas selamatkan kucing jalanan

Bercerita kepada penulis, Sabtuyah berkata, idea membuka perniagaan hotel kucing tercetus selepas menyelamatkan banyak kucing jalanan yang menghidapi penyakit parah dan kecederaan serius.

“Disebabkan kucing yang saya selamatkan sudah terlalu banyak, jadi saya cari satu tempat yang selesa.
Suami cadangkan untuk buka hotel kucing supaya boleh menjana pendapatan, maka tertubuhnya Pawradise Inn,” kongsinya.

Tambahnya, semua kucing yang diselamatkan adalah yang mengalami kecederaan dan penyakit serius seperti mengalami luka yang besar, buta, sakit buah pinggan dan banyak lagi.

“Kami akan tengok kondisi kucing kalau dia memerlukan untuk diwad, pergi hospital kucing, klinik kucing, kami akan hantar. Kalau tak teruk, kami akan jaga,” jelasnya.

Keistimewaan Pawradise Inn

Antara keistimewaan Pawradise Inn adalah feksibiliti iaitu pelanggan boleh mengambil dan menghantar kucing bila-bila masa sahaja, tidak kira siang atau malam.

“Pelanggan boleh menghubungi pekerja hotel kami jika mahu ambil kucing mereka pada bila-bila masa sahaja,” katanya.

Jelasnya, kedudukan hotel mereka juga sangat strategik kerana berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) yang memudahkan pelanggan untuk menghantar kucing mereka sebelum bercuti.

Sementara itu, kesihatan kucing juga terjamin kerana hanya kucing yang telah divaksin diterima untuk menginap di sini.

Sabtuyah berkata, pihaknya turut menawarkan ganjaran kepada pemilik kucing yang menghantar anak-anak bulus mereka ke hotel berkenaan.

“Pemilik berpeluang mendapat emas sekiranya kucing menginap lebih dari 138 hari, baucar RM100 jika kucing menginap 88 hari, dan pakaian kucing sekiranya menginap 38 hari,” kongsinya.

Jenis bilik kucing mengikut harga

Dalam pada itu, Sabtuyah turut berkongsi tiga jenis bilik kucing yang ada di hotel mereka dengan harga dan keluasan berbeza iaitu bilik Petite, Moyen dan Grand.

Bilik Petite merupakan bilik paling kecil dengan harga RM15 satu malam yang mempunyai pintu sambungan yang mana dua bilik boleh dijadikan satu agar ruangannya lebih luas.

“Pelanggan boleh meminta untuk buka pintu tersebut dan jadikan ruangan lebih besar dengan membayar harga dua bilik Petite,” jelasnya.

Sementara itu, bilik Moyen pula adalah bilik yang sederhana dengan harga RM20 satu malam.

“Bilik Moyen yang sangat digemari pelanggan kerana bilik sangat luas dan boleh muat dua ekor kucing. Ia ada pemandangan kerana kedudukannya yang menghadap tingkap,” katanya.

Akhir sekali, ialah bilik Grand iaitu bilik yang paling besar yang boleh memuatkan sehingga 5 ekor kucing dengan harga RM50 untuk satu malam.
 
Cat Taxi dan ‘Come and Play’

Sementara itu, Pawradise Inn tidak hanya menyediakan perkhidmatan penginapan kucing sahaja, tetapi turut menyediakan perkhidmatan alternatif.

“Kami baru sahaja mulakan servis Cat Taxi yang ambil dan hantar kucing dengan hanya RM10 bagi setiap perjalanan,” jelasnya.

Beliau berkata, mereka juga menawarkan perkhidmatan ‘come and play’ yang mana pelanggan hanya perlu membayar RM15 dan boleh bermain dengan kucing tanpa had masa.

“Perkhidmatan itu diadakan sesuai permintaan pelanggan yang mahu membawa anak mereka bermain dengan kucing tanpa perlu memelihara kucing di rumah,” kongsinya.

Related Posts

Siti Asmah jadi jambatan komunikasi, pemangkin masyarakat inklusif

LAHAD DATU – Dalam usaha membina masyarakat yang inklusif dan saling memahami, peranan seorang warga pendidik atau guru khususnya yang mahir dalam bahasa isyarat semakin signifikan sebagai penghubung antara komuniti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Budaya tohmah, fitnah wabak sosial perlu dihapus

KEHARMONIAN dalam masyarakat terutama persaudaraan sesama Islam adalah perkara yang amat penting. Tohmah bukan sekadar isu individu, tetapi wabak sosial yang meracuni ketenangan, ekonomi dan nilai kemanusiaan. Pengasas Maahad Tahfiz…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah perlu pakar perkembangan pediatrik bantu kanak-kanak autisme

  • By Ynom
  • May 27, 2026
Sabah perlu pakar perkembangan pediatrik bantu kanak-kanak autisme

Hayati semangat Aidiladha, dua beradik pilih sertai sukarelawan korban

Hayati semangat Aidiladha, dua beradik pilih sertai sukarelawan korban

Siti Asmah jadi jambatan komunikasi, pemangkin masyarakat inklusif

Siti Asmah jadi jambatan komunikasi, pemangkin masyarakat inklusif

Budaya tohmah, fitnah wabak sosial perlu dihapus

Budaya tohmah, fitnah wabak sosial perlu dihapus

Permintaan korban cecah RM350 juta cerminan ekonomi domestik masih kukuh

Permintaan korban cecah RM350 juta cerminan ekonomi domestik masih kukuh

Pasukan takraw Malaysia kini kembali mengaum di dunia sukan

Pasukan takraw Malaysia kini kembali mengaum di dunia sukan