Jambatan Sungai Krian buka laluan baharu, pacu ekonomi pesisir Sarawak

SARATOK – Pembinaan Jambatan Sungai Krian bakal menjadi nadi dan pemangkin baharu kepada pembangunan kawasan pesisir, sekali gus dijangka merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi penduduk setempat.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, projek mega berkenaan adalah sebahagian daripada rancangan pembangunan Jalan Pesisir Sarawak di bawah Pakej D4 yang memfokuskan kepada peningkatan rangkaian jalan raya di negeri ini.

Menurutnya, projek bernilai lebih RM112 juta itu dikendalikan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak selaku agensi pelaksana utama dan diamanahkan kepada kontraktor EPR (Kuching) Sdn Bhd.

“Jambatan Sungai Krian ini mempunyai panjang keseluruhan 1.227 kilometer (km) termasuk struktur utama sepanjang 690 meter yang dibina dengan 12 bentangan.

“Reka bentuknya pula melibatkan dua lorong utama selebar lapan meter serta dilengkapi jalan tuju di kedua-dua arah dengan lebar 6.5 meter bagi menjamin keselamatan dan keselesaan pengguna,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Prapelancaran Jambatan Sungai Krian pada Rabu.

Mengulas lanjut, Uggah memberitahu, penyiapan kemudahan infrastruktur itu kelak akan menyediakan laluan alternatif yang menghubungkan Jambatan Batang Saribas No. 2 ke Persimpangan Roban di Lebuhraya Pan Borneo.

Tegasnya, jambatan baharu tersebut bakal menamatkan kebergantungan penduduk terhadap perkhidmatan feri sebelum ini yang kebiasaannya mengambil masa kira-kira 15 minit.

“Kewujudan jambatan ini juga diyakini mampu membuka lebih banyak peluang dalam sektor perniagaan dan pelancongan, di samping meningkatkan mobiliti serta taraf hidup masyarakat di kawasan sekitar,” ujarnya.

Foto: JKR Sarawak

Related Posts

Menteri Pengangkutan Sarawak santuni penduduk agih hadiah Hari Bapa

MIRI – Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lee Kim Shin menyantuni penduduk setempat di Riam Mosjaya di sini bagi meraikan sambutan Hari Bapa, semalam. Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Inspire i-Talent cungkil bakat 38 atlet sukan OKU di Mukah

MUKAH – Seramai 38 peserta dalam kalangan Orang Kurang Upaya (OKU) sekitar daerah ini diuji menerusi Program Inspire i-Talent Peringkat Bahagian Mukah 2026 bagi mencungkil bakat baharu atlet pelapis para…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Menteri Pengangkutan Sarawak santuni penduduk agih hadiah Hari Bapa

Menteri Pengangkutan Sarawak santuni penduduk agih hadiah Hari Bapa

Malaysia diiktiraf miliki rekod baik urus pelarian sejak dahulu – Pakar undang-undang

Malaysia diiktiraf miliki rekod baik urus pelarian sejak dahulu – Pakar undang-undang

Inspire i-Talent cungkil bakat 38 atlet sukan OKU di Mukah

Inspire i-Talent cungkil bakat 38 atlet sukan OKU di Mukah

Zumba Aerodance perkukuh semangat kebersamaan dan kebajikan

Zumba Aerodance perkukuh semangat kebersamaan dan kebajikan

Wanita ditangkap jual beras seludup

Wanita ditangkap jual beras seludup

Akta Jenayah Komputer 1997 akan dimansuh, RUU Jenayah Siber 2026 dibentang demi pemerkasaan keselamatan siber

Akta Jenayah Komputer 1997 akan dimansuh, RUU Jenayah Siber 2026 dibentang demi pemerkasaan keselamatan siber