Siapa bekas ADUN UMNO ada 300 ekar tanah di Kuala Nerang, Mahdzir tanya Sanusi

ALOR SETAR – Dakwaan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor ada bekas wakil rakyat di Kuala Nerang memiliki 300 ekar (121 hektar) tanah di kawasan itu sangat tidak berasas serta memberi gambaran buruk kepada UMNO.

Bekas Ahli Parlimen Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, dakwaan itu menimbulkan persoalan kerana tidak dinyatakan secara jelas siapakah individu yang dimaksudkan.

“Siapa sebenarnya yang dia tujukan? Di Kuala Nerang ada enam bekas wakil rakyat yang masih hidup iaitu saya sendiri, Datuk Seri Ghazali, Datuk Badrul Hisham, Datuk Syed Razak, Datuk Syed Sobri, Datuk Abdul Latif Mat Saman serta Kama Noriah.

“Jadi siapa yang dia maksudkan memiliki 300 ekar tanah itu?” katanya.

Mahdzir yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah berkata, tuduhan seperti itu tidak sepatutnya dibuat secara umum kerana boleh memberi gambaran buruk kepada semua bekas wakil rakyat yang pernah berkhidmat di kawasan berkenaan.

Kenyataan sedemikian juga tidak wajar dikeluarkan terutama dalam bulan Ramadan kerana boleh menimbulkan fitnah serta salah faham.

“Kalau hendak menuduh seseorang, sebutlah dengan jelas. Jangan seolah-olah menuduh semua orang.

“Ini bulan puasa, tak perlulah hendak mengata orang. Bagi saya kenyataan seperti itu sudah melampau,” katanya.

Kelmarin tular di media sosial video petikan ucapan Muhammad Sanusi ketika majlis penyerahan sumbangan Aidilfitri kepada fakir miskin di Wisma Darul Aman baru-baru ini yang mendakwa terdapat bekas wakil rakyat memiliki tanah seluas 300 ekar.

Dalam video itu Muhammad Sanusi mempersoalkan adakah tanah itu diwarisi atau datang daripada cara lain selain mempunyai pusat khidmat yang besar di tanah yang luas di Kuala Nerang.

Related Posts

Kerajaan MADANI pastikan semua kaum, aliran pendidikan terbela – PMX

ALOR GAJAH – Kerajaan MADANI akan terus memastikan keperluan semua kaum serta aliran pendidikan di negara ini diberi perhatian secara seimbang tanpa meminggirkan mana-mana pihak, kata Perdana Menteri, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lawatan ke ESS Zone ruang wakil asing nilai tahap keselamatan Sabah Timur

SANDAKAN – Program lawatan ke Zon Selamat Timur Sabah (ESS Zone) yang disertai 14 wakil diplomatik dan perwakilan asing memberi peluang kepada wakil asing melihat sendiri tahap keselamatan, keamanan dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan MADANI pastikan semua kaum, aliran pendidikan terbela – PMX

Kerajaan MADANI pastikan semua kaum, aliran pendidikan terbela – PMX

Lawatan ke ESS Zone ruang wakil asing nilai tahap keselamatan Sabah Timur

Lawatan ke ESS Zone ruang wakil asing nilai tahap keselamatan Sabah Timur

Peruntukan pertahanan dijangka terus dipertingkat dalam Belanjawan 2027 – Anwar

Peruntukan pertahanan dijangka terus dipertingkat dalam Belanjawan 2027 – Anwar

Pelancong asing salah guna PLS untuk berniaga dikenakan tindakan tegas – Saifuddin

Pelancong asing salah guna PLS untuk berniaga dikenakan tindakan tegas – Saifuddin

Bukan salah bangsa, tetapi cara kita berfikir

Bukan salah bangsa, tetapi cara kita berfikir

Pahang peruntuk RM12 juta untuk SUKMA, Para SUKMA Selangor

Pahang peruntuk RM12 juta untuk SUKMA, Para SUKMA Selangor