Tindakan pijak al-Quran tidak boleh diterima, gesa tindakan tegas – Nizam

TAWAU – Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan mengecam sekeras-kerasnya tindakan individu yang didakwa memijak al-Quran dan menyifatkan perbuatan tersebut sebagai tidak boleh diterima dalam sebuah negara yang menghormati kepelbagaian agama serta kaum.

Nizam yang juga ADUN Apas berkata, perbuatan menghina atau memperlekeh mana-mana agama boleh menjejaskan keharmonian masyarakat yang selama ini hidup aman dan saling menghormati antara satu sama lain.

“Oleh itu, saya harap pihak berkuasa dapat mengambil ltindakan sekeras-kerasnya kepada sesiapa sahaja yang perlekehkan atau menghina apa-apa agama di negara ini.

“Walaupun masyarakat di negara ini terdiri daripada pelbagai latar belakang kaum dan agama, perbezaan tersebut seharusnya diraikan sebagai satu kelebihan yang menyatukan rakyat,” ujarnya kepada media selepas merasmikan Majlis Khatam Al-Quran di Masjid Al Munawwarah Batu 2 Jalan Apas, di sini, pada Jumaat.

Nizam turut mengingatkan semua pihak agar sentiasa menjaga sensitiviti agama serta tidak melakukan sebarang tindakan yang boleh mencetuskan ketegangan dalam masyarakat.

Katanya, sikap hormat-menghormati perlu terus diamalkan bagi memastikan keharmonian negara dapat dikekalkan pada masa hadapan.

Baru-baru ini tular di media sosial gambar al-Quran dipijak dan diconteng dengan lakaran tidak senonoh menghina Nabi Muhammad SAW di Thread yang didakwa dilakukan oleh individu berasal dari Sabah menggunakan akaun Facebook Dickie Borneo.

Sementara itu, MCMC dalam satu kenyataan memaklumkan semakan awal mendapati hantaran asal berkenaan telah dipadam dan akaun yang terlibat dipercayai menggunakan nama Dickie Borneo tidak dapat dikesan.

Bagaimanapun, pihaknya sedang bekerjasama dengan platform media sosial bagi mendapatkan maklumat pemilik akaun untuk mengenal pasti individu terlibat dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan tindakan tegas dan segera dapat diambil.

Difahamkan, pihak Pusat Latihan Vokasional Pertanian (AVTC) Lahad Datu pada Khamis tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu sekali gus menegaskan bahawa individu dikenali sebagai Dickie Borneo bukan pelajar, kakitangan, mahupun mempunyai sebarang kaitan dengan institusi pendidikan terbabit.

Laporan polis itu juga bertujuan menegaskan fakta dan melindungi reputasi AVTC selain sebarang tindakan atau perbuatan yang dikaitkan dengan individu berkenaan tidak disalahertikan sebagai tindakan institusi itu.

Related Posts

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

TAWAU – Pembinaan Masjid Al-Ghafur menjadi titik bersejarah buat penduduk Kampung Kinabutan Bukit, di sini, apabila masjid berkenaan menjadi pusat ibadah dan aktiviti keagamaan komuniti setempat. Pengerusi Masjid Al-Ghafur, Sukianto…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

TAWAU – Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Tawau mengisytiharkan penamatan bencana banjir di daerah ini selepas keadaan di semua kawasan yang terjejas disahkan pulih sepenuhnya. Pengerusinya, Mohd Shoffian Mohd Said…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

Hasrat penduduk kampung miliki Masjid sendiri sejak 40 tahun jadi kenyataan

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

JPBD Tawau isytihar tamat bencana banjir, PPS ditutup

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Memorial Muzium KD Hang Tuah, bakal ikon pelancongan maritim Perak

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

Pekerja kilang papan gempar jumpa bom tangan, nota ugutan

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

RS-2 terus agenda sifar miskin tegar Selangor

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung

MAHA Pahang 2026 pecah rekod, dihadiri lebih 200,000 pengunjung