Kerajaan teliti kesan konflik Asia Barat, kementerian diarahkan libat urus dengan industri

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan semua kementerian mengadakan sesi libat urus bersama pihak industri di bawah portfolio masing-masing bagi mendapatkan maklum balas serta menilai kesan yang mungkin timbul susulan perkembangan konflik di Asia Barat.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, arahan itu disampaikan Perdana Menteri ketika mempengerusikan mesyuarat khas Jemaah Menteri yang berlangsung hari ini.

“Hasil daripada sesi libat urus itu akan dibawa, pertama kepada mesyuarat Jemaah Menteri pada minggu hadapan iaitu pada hari Selasa.

“Wakil industri juga akan dijemput untuk melakukan pembentangan bagi pihak industri masing-masing pada mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) yang akan datang,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Turut hadir pada sidang media berkenaan ialah Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan serta Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.

Fahmi berkata, sebarang perkembangan lanjut berkaitan perkara itu akan dimaklumkan oleh Pejabat Perdana Menteri atau Kementerian Kewangan dari semasa ke semasa.

Konflik di Asia Barat tercetus pada 28 Februari lalu apabila Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan terhadap Iran sebelum Tehran bertindak balas dengan melancarkan serangan peluru berpandu dan dron yang menyasarkan kepentingan AS serta sekutunya di rantau berkenaan.

Situasi itu turut memberi kesan kepada pasaran tenaga global apabila laluan strategik Selat Hormuz, yang mengendalikan hampir 20 peratus bekalan minyak dunia, terjejas berikutan ancaman dan tindakan Iran yang menghalang pergerakan kapal di perairan tersebut.

Related Posts

Malaysia perkukuh kerjasama tenaga, hadapi ketidaktentuan global – PM

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan kerajaan akan terus bertindak proaktif dalam mendepani krisis global yang semakin mencabar dan kompleks. Menerusi hantaran di akaun rasmi beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tekanan kos meningkat susulan krisis bekalan global

KUALA LUMPUR – Negara kini memasuki fasa penyesuaian kos yang semakin jelas apabila kesan krisis bekalan global mula mempengaruhi kos pengangkutan, logistik, harga barangan dan perbelanjaan harian rakyat. Menteri Ekonomi,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

KPSTI selaras pendidikan tinggi Sabah dengan keperluan industri – James

Malaysia perkukuh kerjasama tenaga, hadapi ketidaktentuan global – PM

Malaysia perkukuh kerjasama tenaga, hadapi ketidaktentuan global – PM

Tekanan kos meningkat susulan krisis bekalan global

Tekanan kos meningkat susulan krisis bekalan global

Pasangan buat aksi lucah di jirat Cina dibebas awal

Pasangan buat aksi lucah di jirat Cina dibebas awal

Konsesi MARRIS ditandatangani sewaktu pentadbiran MB terdahulu – Abu Bakar

Konsesi MARRIS ditandatangani sewaktu pentadbiran MB terdahulu – Abu Bakar

Kontraktor G1 desak projek MARRIS dikembali kepada kerajaan negeri, bukan konsesi

Kontraktor G1 desak projek MARRIS dikembali kepada kerajaan negeri, bukan konsesi