RON95 kekal RM1.99 bukti keupayaan kerajaan lindungi rakyat kesan konflik Asia Barat

PUTRAJAYA – Keupayaan Malaysia mengekalkan harga petrol RON95 pada paras RM1.99 seliter membuktikan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mampu mengurus tekanan fiskal dan subsidi ketika pasaran minyak dunia berdepan tekanan geopolitik

Penganalisis hubungan antarabangsa dan keselamatan Universiti Utara Malaysia (UUM), Nur Ashikin Yusof berpandangan, wujud persepsi bahawa ‘tiada apa yang berubah’ susulab rakyat melihat harga minyak dari sudut manfaat langsung, sama ada berlaku penurunan harga atau sebaliknya.

Menurutnya, apabila harga kekal stabil, ia memberi gambaran seolah-olah kerajaan sekadar mengekalkan keadaan sedia ada tanpa sebarang langkah tambahan, walaupun hakikatnya keputusan tersebut dibuat dalam keadaan pasaran minyak global yang sangat mencabar.

“Bagi rakyat, harga tidak berubah memberi gambaran seolah-olah tiada kesan kepada kehidupan harian mereka. Namun konteks sebenar, mengekalkan harga pada paras RM1.99 ketika pasaran minyak dunia berdepan tekanan adalah satu cabaran besar kepada kerajaan.

“Di pasaran global, keadaan minyak terus mencabar, lebih 400 kapal tangki minyak terkandas dan sekitar 3,000 kapal pengangkutan lain menghadapi gangguan logistik. Harga minyak Brent melonjak sehingga AS$119 setong pada 9 Mac 2026 dan semalam ada penurunan sedikit itu mencecah AS$90 setong.

“Justeru, mengekalkan RON95 pada RM1.99 bukan semudah menekan angka di pam. Lonjakan mendadak ini memberi tekanan ekonomi bukan sahaja kepada negara pengimport minyak, tetapi juga rakyat biasa yang membayar kos hidup harian,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP), pada Rabu.

Terdahulu, Anwar memaklumkan harga RON95 di bawah inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95) akan dikekalkan pada paras RM1.99 seliter biarpun harga pasaran minyak dunia ketika ini naik ketara susulan ketegangan di Asia Barat.

Beliau yang juga Menteri Kewangan mengakui keputusan mengekalkan harga bahan bakar itu satu pendekatan yang sukar, memandangkan harga bagi kebanyakan negara termasuk negara jiran mula naik.

Menurut beliau, keterjaminan bekalan minyak di Malaysia masih terkawal, dan hasil semakan dengan Petronas mendapati bekalan produk petroleum negara mencukupi sekurang-kurangnya sehingga Mei ini.

Dalam pada itu, Nur Ashikin berkata, jika dibandingkan dengan beberapa negara jiran di rantau ini, kedudukan Malaysia masih dianggap lebih stabil apabila harga petrol domestik tidak mengalami kenaikan mendadak.

Menurut beliau, negara seperti Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina dilaporkan terpaksa menyesuaikan harga bahan api susulan peningkatan kos di pasaran global akibat peperangan di antara Iran dengan Amerika Syarikat (AS), serta Israel.

“Mengekalkan RM1.99 bukan bermaksud kerana kerajaan berjaya turunkan harga, tetapi usaha menahan kenaikan yang lebih tinggi daripada berlaku kepada pengguna walaupun ada setengah pihak merasakan itu hanya taktik sekadar bertahan.

“Keupayaan kerajaan mengekalkan harga minyak ketika negara jiran terpaksa menaikkan harga adalah satu pencapaian yang perlu dihargai. Ia menunjukkan kerajaan proaktif dan komited melindungi rakyat walaupun berdepan ketidaktentuan geopolitik di Asia Barat,” katanya.

Sementara itu, Nur Ashikin berpendapat, kerajaan perlu terus menggabungkan pendekatan subsidi strategik, kawalan fiskal, diplomasi antarabangsa dan komunikasi jelas supaya rakyat memahami konteks sebenar dasar yang dibawa oleh pentadbiran MADANI.

“Apabila rakyat difahamkan bahawa mengekalkan harga petrol pada RM1.99 adalah satu bentuk perlindungan terhadap kos hidup mereka, barulah mereka dapat melihat keputusan kerajaan sebagai langkah positif, bukan sekadar menahan keadaan semasa,” katanya.

Tanpa strategi proaktif, tambah beliau, masyarakat awam akan terus rasa terbeban dan kerajaan akan terus dikritik tidak cukup proaktif dalam menangani kos hidup walaupun minyak petrol tidak merekodkan peningkatan harga.

“Ia memerlukan perancangan fiskal yang teliti, subsidi bersasar, diplomasi ekonomi aktif, dan komunikasi efektif. Jika tidak, rakyat akan terus rasa kerajaan sekadar menahan, bukan membantu.

“Walaupun Malaysia secara teknikal berada dalam kedudukan lebih baik berbanding negara jiran yang terpaksa menaikkan harga,” katanya.

Related Posts

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

DALAM keadaan dunia yang semakin tidak stabil, langkah Malaysia melalui Petronas untuk berunding mendapatkan bekalan minyak dari Rusia membuktikan satu perkara penting: kepentingan rakyat sentiasa diutamakan melebihi tekanan geopolitik luar.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

DUNGUN – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi merasmikan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Dungun di Kampung Bukit Pauh, sekali gus memperkukuh komitmen kerajaan dalam memperluas akses pendidikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Malaysia tegas lindungi kepentingan rakyat dalam dunia tidak menentu

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Perasmian MRSM Dungun perkukuh agenda STEM, lahir generasi Ulul Albab

Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

  • By Ynom
  • April 20, 2026
Ops Tiris 4.0: Pasukan petugas khas Sabah dan Labuan ditubuh bagi perkukuh penguatkuasaan

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta

JPJ Melaka sita 5 kenderaan mewah nilai RM2.2 juta