Muzium Darul Ridzuan dibuka semula, masuk percuma

IPOH – Muzium Darul Ridzuan, di sini, kini kembali beroperasi dan masuk adalah percuma.

Ia mula dibuka kepada umum sejak 2 September bermula jam 10 pagi sehingga 5 petang selepas bangunan tersebut ditutup bagi kerja-kerja naik taraf serta penyelenggaraan bangunan sejak Mac lalu.

Berwajah baharu dengan tema “Segalanya di sini: Satu Titik Permulaan”, para pengunjung boleh merasai sendiri pengalaman berharga sambil mengambil tahu sejarah pembangunan Ipoh sejak zaman dahulu sehingga kini.

Pelbagai artifak sejarah serta gambar memenuhi ruang di dalam muzium yang terletak di Jalan Panglima, Bukit Gantang Wahab, Bandaraya Ipoh ini.

Biarpun Tahun Melawat Perak 2024 berbaki tiga bulan lagi untuk melabuhkan tirai, namun itu bukan isu kerana setidak-tidaknya ada tempat untuk pengunjung tempatan mahupun luar datang apabila bertanyakan tentang muzium di bandaraya Ipoh ini.

Ada segelintir para pengunjung cuma melontarkan pandangan agar pihak muzium manambah baik beberapa kekurangan dari segi bahan pameran yang tidak cukup atau kurang lengkap.

“Bukan memberi komen negatif, tetapi berdasarkan pengalaman berkunjung ke beberapa buah muzium di negeri-negeri lain, sejarah yang dipamerkan di sini ada yang tidak mempunyai keterangan jelas,” ujar salah seorang pengunjung ketika ditemui The Malaysia Press pada Isnin.

Tambahnya, sebagai contoh sebuah loceng besar atau ‘genta’ yang memang mempunyai kaitan dengan sejarah nama Ipoh, tetapi tiada keterangan mengenai diletakkan.

“Ini menyebabkan pengunjung membuat tekaan sendiri. Apa pun secara keseluruhan saya tetap berterima kasih kepada pihak Muzium di atas usaha-usaha ini,” katanya lagi.

Ruang pameran di tingkat bawah dan tingkat atas dibahagikan mengikut segmen-segmen berdasarkan latar masa kemajuan Ipoh. Ruangan atas mempamerkan syurga makanan, namun tiada satu pun gambar lokasi yang dimaksudkan dipamerkan.

Seorang lagi pengunjung, Ali Syafiq, turut memberikan pendapat sama agar pihak muzium dapat memperkemaskan lagi pameran yang dibuat dengan memberikan keterangan jelas selari dengan penceritaan.

“Sejarah bandar Ipoh sahaja sudah banyak. Manfaatkan setiap sudut baik di ruangan dalam mahupun luar kerana ia akan jadi satu garisan masa yang menarik jika diolah dengan baik,” jelasnya yang turut memuji usaha permulaan semula yang baik daripada pihak muzium.

Setiap orang mempunyai pandangan berlainan. Oleh itu, ayuh warga Ipoh khususnya datang berkunjung beramai-ramai bagi melihat dan merasai sendiri pengalaman baharu di Muzium Darul Ridzuan ini.

Related Posts

Polis siasat hantaran Facebook berbaur provokasi kaum, agama

JERANTUT – Polis membuka kertas siasatan berhubung hantaran di media sosial Facebook yang mengandungi komen berbaur provokasi kaum dan penghinaan terhadap agama Islam serta orang Melayu. Pemangku Ketua Polis Daerah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kecurian 100 meter kabel jejas sistem semboyan, operasi ETS dan KTM Komuter Utara tergendala

IPOH – Perkhidmatan tren elektrik (ETS) dan KTM Komuter Utara mengalami gangguan serta kelewatan melebihi satu jam susulan kejadian kecurian kira-kira 100 meter kabel yang menjejaskan sistem semboyan di kilometer…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Polis siasat hantaran Facebook berbaur provokasi kaum, agama

Polis siasat hantaran Facebook berbaur provokasi kaum, agama

Kerajaan akan ambil langkah drastik sedia pekerjaan alternatif

Kerajaan akan ambil langkah drastik sedia pekerjaan alternatif

Kecurian 100 meter kabel jejas sistem semboyan, operasi ETS dan KTM Komuter Utara tergendala

Kecurian 100 meter kabel jejas sistem semboyan, operasi ETS dan KTM Komuter Utara tergendala

PKR susun semula jentera pilihan raya, Amirudin dan Saifuddin diberi peranan utama

PKR susun semula jentera pilihan raya, Amirudin dan Saifuddin diberi peranan utama

JPJ Perak keluar 510 notis Ops Khas Aidiladha

JPJ Perak keluar 510 notis Ops Khas Aidiladha

Onn Hafiz dedah Istana Johor nasihat mohon maaf kepada Ahmad Zahid

Onn Hafiz dedah Istana Johor nasihat mohon maaf kepada Ahmad Zahid