Aplikasi i-Sign, wasilah OKU pekak hayati ilmu keagamaan

KOTA KINABALU – Selaras gagasan Malaysia Madani yang mahukan kesejahteraan rakyat, i-Sign merupakan aplikasi ilmu agama sesuai untuk semua golongan khususnya Orang Kurang Upaya (OKU) pekak.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ruslan Muharam berkata, pembinaan i-Sign merupakan titik tolak kepada semua golongan masyarakat, khususnya OKU bagi mempelajari ilmu agama dengan lebih mudah dan mendalam.

“Melalui wasilah i-Sign ini, bukan saja bermanfaat bagi golongan OKU pekak, tetapi juga sebagai medium bagi seluruh masyarakat untuk berkhidmat kepada golongan yang memerlukan.

“Pembelajaran ilmu agama kini boleh diakses dengan paparan skrin peranti sendiri melalu aplikasi i-Sign yang telah mula diperkenalkan tahun ini dan akan disusuli dengan kursus-kursus berkaitan pada tahun mendatang.

“Saya menyeru agar orang ramai bersama-sama mempelajari i-Sign bagi membolehkan kita menyantuni golongan OKU, berkhidmat kepada mereka dengan mengajar atau mendedahkan urusan berkaitan ilmu agama dengan lebih baik,” katanya.

Beliau berucap demikian ketika merasmikan Program Bicara Madani: Emansipasi OKU, bertempat di Auditorium Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah (KPKPS), di sini, pada Rabu.

Sehubungan itu, Penolong Pengarah Kanan Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Dr Fazlulaini Mohd Yunus berkata, kurangnya isyarat bagi istilah-istilah berkaitan Ibadah dalam Bahasa Isyarat Malaysia (BIM) antara faktor yang mengekang golongan OKU pekak untuk mempelajari dan mempraktikkan ilmu agama dalam kehidupan seharian, maka ditubuhkan i-Sign sejak dari tahun 2017.

“Kumpulan penyelidik dari Unit Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum (UMMI), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah mengambil inisiatif untuk membangunkan satu perisian mesra OKU pekak iaitu I-Sign.

“Antara yang terlibat membangunkan i-Sign, termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Jurubahasa Isyarat (JBI),Persatuan Orang Pekak Negeri Sembilan (Nesda), Persatuan Orang Pekak Islam Malaysia (Prisma), Persatuan Bahasa Isyarat Malaysia dan Pengajian Pekak (MyBIM), Persekutuan Orang Pekak Malaysia (MFD), Persatuan Orang Pekak Selangor (POPS) dan wakil penyelidik Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),” katanya ketika menyampaikan ceramah. 

Untuk maklumat lanjut berkenaan aplikasi i-Sign, orang ramai boleh merujuk terus ke portal rasmi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Related Posts

BN jangan jadikan program jelajah TVET bahan kempen politik – Alan

JOHOR BAHRU – Program jelajah Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional tidak perlu digunakan oleh Barisan Nasional (BN) sebagai alat dan kempen politik untuk meraih sokongan daripada golongan muda. Calon…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Darah BN masih kuat, tetapi prestasi PMX ubah persepsi rakyat Johor mahu undi PH’

BATU PAHAT – Sentimen tradisi politik di Johor yang selama ini cenderung kepada Barisan Nasional (BN) dilihat mula berdepan perubahan apabila sebahagian pengundi menilai kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengundian awal PRN Johor berjalan lancar di IPD Mersing

Pengundian awal PRN Johor berjalan lancar di IPD Mersing

Sepanyol ke suku akhir lepas menang tipis 1-0 ke atas Portugal

Sepanyol ke suku akhir lepas menang tipis 1-0 ke atas Portugal

Elia Nadira tekad bawa politik nilai, didik masyarakat dan utamakan khidmat di Tenang

Elia Nadira tekad bawa politik nilai, didik masyarakat dan utamakan khidmat di Tenang

Pengalaman sedekad sebagai peguam kelebihan fahami dasar, undang-undang – Kartiyaini

Pengalaman sedekad sebagai peguam kelebihan fahami dasar, undang-undang – Kartiyaini

Haniff Hosman eratkan silaturahim bersama jemaah Surau Kampung Dalam

Haniff Hosman eratkan silaturahim bersama jemaah Surau Kampung Dalam

BN jangan jadikan program jelajah TVET bahan kempen politik – Alan

BN jangan jadikan program jelajah TVET bahan kempen politik – Alan