Tiga kereta dihempap pokok tumbang, enam mangsa selamat

IPOH – Enam individu berdepan detik cemas apabila tiga kenderaan yang mereka naiki dihempap dua batang pokok tumbang dalam kejadian di Taman Bersatu, Simpang Pulai di sini pada Jumaat.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.43 petang.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Pulai bersama sebuah jentera digerakkan ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira tiga kilometer dari balai.

“Jentera bomba tiba di lokasi pada jam 4.47 petang dan mendapati kejadian melibatkan dua batang pokok tumbang yang menghempap tiga buah kereta iaitu Proton Saga, Proton Persona dan Volkswagen,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, kesemua enam mangsa yang terlibat bagaimanapun berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pihak bomba.

“Mangsa terdiri daripada empat individu yang menaiki Proton Persona, manakala masing-masing seorang memandu Proton Saga dan Volkswagen. Kesemua mereka dilaporkan selamat,” katanya.

Sabarodzi berkata, anggota bomba kemudian menjalankan kerja-kerja memotong serta membersihkan pokok tumbang bagi memastikan kawasan berkenaan selamat.

Menurutnya, operasi berjaya dikawal pada jam 5.15 petang, manakala kerja-kerja pemotongan dan pembersihan pokok masih diteruskan.

Related Posts

Program Ngiling Bidai perkukuh kerjasama korporat dan komuniti di Telang Usan

LONG LAMA – Penganjuran Program Ngiling Bidai 2026 dan penyerahan bantuan bakul makanan menjadi platform terbaik memperkukuh kerjasama kerajaan, sektor korporat serta komuniti bagi merancakkan pembangunan sosioekonomi. Ahli Dewan Undangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Onn Hafiz angkat amanah baharu, Johor isytihar cuti peristiwa 13 Julai

JOHOR BAHRU – Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menzahirkan rasa syukur dan menjunjung kasih kepada Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program Ngiling Bidai perkukuh kerjasama korporat dan komuniti di Telang Usan

Program Ngiling Bidai perkukuh kerjasama korporat dan komuniti di Telang Usan

Onn Hafiz angkat amanah baharu, Johor isytihar cuti peristiwa 13 Julai

Onn Hafiz angkat amanah baharu, Johor isytihar cuti peristiwa 13 Julai

RSEA gesa reformasi keselamatan jalan raya, saman dan kompaun tidak mencukupi

RSEA gesa reformasi keselamatan jalan raya, saman dan kompaun tidak mencukupi

Onn Hafiz sah angkat sumpah Menteri Besar Johor, terajui pentadbiran penggal baharu

Onn Hafiz sah angkat sumpah Menteri Besar Johor, terajui pentadbiran penggal baharu

DBKL: PPR Desa Tun Razak terima RM9.62 juta untuk naik taraf

DBKL: PPR Desa Tun Razak terima RM9.62 juta untuk naik taraf

‘Terima kasih Pulai Sebatang’, Haniff Hosman hargai sokongan pengundi dan tekad terus berbakti

‘Terima kasih Pulai Sebatang’, Haniff Hosman hargai sokongan pengundi dan tekad terus berbakti