Anil Sandhu kekal YB Kunak, mahkamah tolak petisyen pilihan raya

KOTA KINABALU – Mahkamah Pilihan Raya pada Khamis membatalkan Petisyen Pilihan Raya yang difailkan berhubung keputusan Pilihan Raya Negeri Sabah ke-17 (PRN17) bagi DUN Kunak sekali gus mengekalkan Datuk Seri Dr. Anil Sandhu sebagai wakil rakyat kawasan berkenaan.

Keputusan itu disampaikan oleh Hakim Amelati Parnell yang membenarkan bantahan awal yang dibangkitkan oleh pihak responden.

Terdahulu, petisyen tersebut difailkan Md. Bustan @ Industan Lumantang, yang mencabar keputusan pilihan raya dengan mendakwa wujud ketidakpatuhan terhadap undang-undang pilihan raya.

Ia susulan penemuan beberapa kertas undi yang didakwa mempunyai nombor siri yang sama di salah satu saluran mengundi di Kunak dan seterusnya mendakwa perkara tersebut menimbulkan keraguan terhadap integriti proses pengundian.

Bagaimanapun, mahkamah mendapati bahawa petisyen berkenaan gagal mematuhi keperluan mandatori di bawah Peraturan 3(1) dan 3(2) Peraturan-Peraturan Petisyen Pilihan Raya 1954, yang mengawal tatacara pembentangan sesuatu Petisyen Pilihan Raya serta Peraturan 4 Peraturan-Peraturan yang sama.

Dalam penghakimannya, mahkamah bersetuju bahawa pematuhan terhadap peruntukan-peruntukan tersebut merupakan syarat asas untuk membolehkan bidang kuasa Mahkamah Pilihan Raya dipanggil.

Amelati berkata, kegagalan untuk membentangkan petisyen dengan sempurna serta kegagalan untuk memperincikan fakta-fakta material yang mencukupi menjadikan petisyen tersebut cacat dari segi prosedur dan tidak mampan di sisi undang-undang, wajar dibatalkan pada peringkat awal tanpa perlu diteruskan kepada perbicaraan penuh.

Mahkamah seterusnya memerintahkan pempetisyen membayar RM10,000 kepada responden pertama, kedua dan ketiga iaitu Suruhanjaya Pilihan Raya, Pegawai Pilihan Raya Negeri Sabah dan Pegawai Pengurus Pilihan Raya selain RM20,000 kepada Anil.

Anil yang juga Pembantu Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif Sabah semasa hadir menyatakan kesyukuran atas keputusan mahkamah dan berkomitmen memberi sepenuh tumpuan kepada tanggungjawabnya untuk berkhidmat kepada rakyat DUN Kunak tanpa sebarang keraguan terhadap mandat pengundi.

Related Posts

‘Haramkan’ pihak pertikai asal usul Melayu

PORT DICKSON – Tindakan lebih tegas perlu dilaksanakan kerajaan termasuk mengharamkan mana-mana individu atau pihak yang secara terbuka mempertikaikan asal usul orang Melayu, bagi mengekang perbuatan itu daripada terus berulang.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dua remaja perempuan maut, kanak-kanak cedera, dirempuh kereta gagal memotong

TELUK INTAN – Dua remaja perempuan maut, manakala seorang kanak-kanak lelaki cedera selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan dua kereta di Jalan Padang Tembak di sini, petang Ahad.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Biarpun ada pihak mahu ‘bungkus’ Anthony, Amirudin yakin DUN Chennah kekal milik PH

Biarpun ada pihak mahu ‘bungkus’ Anthony, Amirudin yakin DUN Chennah kekal milik PH

‘Haramkan’ pihak pertikai asal usul Melayu

‘Haramkan’ pihak pertikai asal usul Melayu

‘Dengan kudrat yang ada’, Mohd Aidil yakin kelebihan turun padang

‘Dengan kudrat yang ada’, Mohd Aidil yakin kelebihan turun padang

Selangor sasar 80 emas, buru kejuaraan SUKMA kali ke-10

Selangor sasar 80 emas, buru kejuaraan SUKMA kali ke-10

Sepang kembali dalam kalendar Formula 1, GP Bahrain 2026 diadakan di Malaysia

Sepang kembali dalam kalendar Formula 1, GP Bahrain 2026 diadakan di Malaysia

Dua remaja perempuan maut, kanak-kanak cedera, dirempuh kereta gagal memotong

Dua remaja perempuan maut, kanak-kanak cedera, dirempuh kereta gagal memotong