Ringgit kembali melonjak pada awal dagangan

PUTRAJAYA – Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada awal dagangan hari ini, didorong sentimen pelabur yang berhati-hati menjelang laporan inflasi AS, kata penganalisis.

Pada jam 8 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.3330/3460 berbanding dolar AS daripada 4.3400/3445 ketika ditutup semalam.

Laporan Indeks Harga Pengguna (IHP) AS dijadualkan dikeluarkan lewat hari ini.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, angka bagi potensi pengurangan kadar faedah yang akan diputuskan mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan (FOMC) AS minggu depan masih dibincangkan dalam kalangan peniaga dan pelabur.

“Berdasarkan harga minyak mentah yang berada pada trajektori lebih rendah serta data pasaran buruh yang lemah maka, laporan IHP malam ini tidak seharusnya menjejaskan kemungkinan perubahan pendirian dasar monetari Rizab Persekutuan (Fed),” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding beberapa mata wang utama.

Unit tempatan meningkat berbanding euro kepada 4.7758/7902 daripada 4.7909/7959 ketika ditutup pada Selasa, dan naik berbanding pound British kepada 5.6680/6850 daripada 5.6850/6909.

Bagaimanapun, ringgit turun berbanding yen Jepun kepada 3.0478/0571 daripada 3.0309/0343.

Related Posts

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan pendapatan pelaburan RM57.50 bilion bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, meningkat 48 peratus berbanding RM38.92 bilion dalam tempoh sama…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Perkembangan ekonomi Malaysia tidak bergantung AI, semikonduktor – BNM

KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) ketika ini tidak melihat keperluan untuk menyemak unjuran pertumbuhan ekonomi dan sebarang perubahan lazimnya akan dibuat ketika pengumuman belanjawan. Gabenor Bank Negara Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok