Wujud usaha jatuhkan kerajaan selepas Malaysia lantang tegur kekejaman Israel

KUALA LUMPUR – Terdapat usaha dari luar yang bekerjasama dengan kelompok dalam negara ini, menggunakan dana dan pengaruh untuk menjejaskan kepentingan kerajaan dan negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mendedahkan perkara itu memaklumkan, usaha daripada pihak tertentu itu hadir susulan kelantangan suara rakyat serta kerajaan dalam menentang keganasan rejim Israel, terkait isu rakyat Gaza dan Palestin dan terkini, isu serangan ke atas Iran.

“Saya hanya boleh beri jaminan kita tentu waspada. Kewaspadaan dan kesiapsiagaan itu perlu. Menganggap bahawa semuanya teratur dan terselamat itu suatu kelemahan besar dalam pemikiran kita.

“Jadi, sebab itu soal kedaulatan negara, maruah rakyat, itu bagi kita harus ada kesepakatan walaupun sama-sama tahu akan risikonya,” katanya dalam ucapan penggulungan usul mengutuk serangan biadab dan ganas Israel dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) ke atas Iran di Dewan Rakyat, pada Isnin.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaa dibangkitkan Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hasan (PN-Kota Bharu) yang memetik kenyataan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, mengesahkan siasatan berhubung dakwaan wujudnya cubaan untuk menjatuhkan kerajaan dan melakukan sabotaj terhadap kestabilan negara.

Mohd Khalid dalam kenyataannya sebelum ini berkata, siasatan berkenaan membabitkan seorang individu berpengaruh tempatan yang didakwa mempunyai kaitan dengan agensi media antarabangsa.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, dalam kes yang dikaitkan itu tentunya memerlukan siasatan yang rapi, memandangkan ia sangat membimbangkan.

“Dalam negara kita, pada peringkat awal merdeka memang ada ancaman Komunis oleh Parti Komunis Malaya (PKM) dan juga menerima bantuan sisipan daripada luar yang dibantah oleh rakyat sehingga menewaskan mereka.

“Maka jangan ada kemungkinan-kemungkinan begitu berlaku yang akan mengancam keselamatan negara kita,” katanya.

Sementara itu, mengulas serangan Israel dan Amerika Syarikat (AS) ke atas Iran, Anwar berkata, Malaysia juga menggunakan hubungan baik diplomatiknya termasuk dengan Russia dan China untuk terus mendesak supaya serangan ganas dan zalim ke atas Iran dihentikan.

“Setakat ini, kenyataan-kenyataan sudah dikeluarkan oleh kedua-dua negara, Russia dan negara China. Kita akan membantu walaupun saya dengan tawaduk menyatakan ada keterbatasan kita.

“Pertama, kerana kita tidak mahu ada hubungan apa pun dengan Israel. Keduanya, kita tahu keupayaan kita mungkin tidak terjangkau ke arah itu.

“Tetapi apa juga cara lain, sama ada melalui ASEAN ataupun negara-negara Islam, OIC dan juga hubungan baik kita dengan negara Arab, apa saja yang perlu kita lakukan, kita sentiasa akan berikan kerjasama,” katanya.

Menyentuh usaha bawa pulang rakyat Malaysia di Asia Barat, Anwar berkata, pihak kedutaan sudah bertugas sepenuh masa untuk mencari jalan terbaik bagi membawa mereka keluar.

“Pertama, yang mahu pulang itu akan diuruskan penerbangan, walaupun masih belum dapat laluan lagi kerana kawasan itu tidak dianggap kawasan selamat, ini zon perang. Yang dibolehkan beberapa penerbangan dari Arab Saudi. Itu pun melalui Turkiye, melalui Asia dan kembali ke sini (Malaysia) dengan kos jauh lebih tinggi.

“Tetapi keputusan kita ialah mencari jalan membantu membawa pulang rakyat Malaysia yang berhasrat untuk pulang, biarpun penerbangan di (negara) Teluk itu masih terhalang. Saya tidak boleh beri jawapan lebih daripada itu sehingga keadaan lebih reda. Tapi mereka (rakyat kita di sana) dipantau.

“Sebahagiannya itu menyerbu (dan) duduk di kedutaan, agak terbatas. Ada beberapa kedutaan itu agak sesak kerana mereka menerima anak-anak Malaysia yang merasakan perlu perlindungan di kedutaan,” katanya.

Related Posts

Kurangkan beban pengamal media, sidang media mingguan dilaksana hibrid – Fahmi

GOMBAK – Sidang media mingguan Jurucakap Kerajaan Perpaduan akan dilaksanakan secara hibrid demi mengurangkan bebanan kepada pengamal media susulan konflik di Asia Barat yang menyebabkan krisis tenaga global kini. Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bantuan asas, penempatan sementara segera dilaksana buat mangsa kebakaran Sandakan – PM

KERAJAAN Persekutuan bersama Kerajaan Negeri Sabah sedang menyelaraskan bantuan asas dan penempatan sementara secepat mungkin untuk mangsa kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

Kg Bahagia digazet, buka laluan kepada pembangunan lebih sistematik

3 maut ditembak dalam restoran

3 maut ditembak dalam restoran

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

PRU16: Harapan Rakyat kerjasama, pastikan kemenangan GRS

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Kebakaran Sandakan: 1,000 rumah terjejas, lebih 9,000 penduduk terlibat

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

Lelaki tempatan ditahan positif dadah dalam Operasi Khas di Roban

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16

UMNO Jerantut yakin mampu cabar pembangkang dalam PRU16