Pembangkang sokong kecaman PMX terhadap serangan Israel, AS

KUALA LUMPUR – Barisan Ahli Parlimen Pembangkang menyatakan sokongan terhadap kenyataan keras Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengecam serangan Israel dan Amerika Syarikat (AS) ke atas Iran.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada kerajaan terutama Perdana Menteri kerana mengeluarkan kenyataan yang tegas bagi menentang kezaliman terhadap Iran.

Beliau berkata, sekiranya negara seperti AS yang hanya melihat tentang kepentingan Israel sahaja maka ia merupakan satu kesalahan besar.

“Kerana di kawasan itu bukan sahaja hanya boleh membantu dunia dalam kedudukan ekonomi terutama pengeluaran minyak begitu besar tetapi membantu AS. Mengapa mereka tidak melihat kepentingan negara-negara Teluk harus diambil kira?

“Maka sebab itu apabila Yang Amat Berhormat (YAB) bangkitkan satu kenyataan yang keras dan mengutuk Israel serta AS sekeras-keranya, kami pembangkang menyokong kenyataan YAB,” katanya di Dewan Rakyat, pada Isnin.

Dalam pada itu, Hamzah mempersoal tindakan Presiden AS, Donald Trump yang hanya mementingkan diri dan tidak melihat kedudukan dunia.

“Banyak kenyataan-kenyataan yang kita dengar, bahawa Trump hari ini sudah menjadi seorang yang begitu angkuh, sombong seolah-olah hanya dia boleh menentukan masa depan dunia,” katanya.

Sementara itu, Hamzah turut meminta kerajaan meningkatkan lagi bantuan kepada rakyat Palestin terutama di Gaza.

“Bantuan itu bukan sahaja nanti akan membantu mereka tetapi turut membantu YAB di masa akan datang, insya-Allah dunia dan akhirat,” ujarnya.

Terdahulu, Anwar mengecam serangan tindakan terhadap Iran dan berpandangan tindakan ketenteraan berterusan itu akan menyebabkan ketegangan lebih besar sehingga menggugat kestabilan serantau terutama di negara Teluk.

Menurut beliau, tindakan ketenteraan yang berterusan ke atas negara bebas dan merdeka Iran, biarpun perbezaan dasar serta sikap terhadap negara tersebut bertentangan dengan prinsip yang
disepakati oleh dunia.

Anwar turut menyeru supaya gencatan senjata tanpa syarat dilaksanakan serta-merta dan menegaskan bahawa sebarang pertikaian wajar diselesaikan melalui rundingan diplomatik di platform antarabangsa termasuk di PBB.

Related Posts

BN sangat terbuka bekerjasama dengan PH di Melaka – Zahid

SHAH ALAM – Barisan Nasional (BN) sangat terbuka untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan ambil tanggungjawab, patuhi undang-undang isu pengurusan pelarian
  • AdenAden
  • October 5, 2026

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan mengambil tindakan secara teratur, bertanggungjawab dan berlandaskan undang-Undang berhubung isu pengurusan pelarian, kata Memteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil. Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

12 daripada 16 perkara MA63 diselesaikan era Kerajaan MADANI

  • By Ezmie
  • October 5, 2026
12 daripada 16 perkara MA63 diselesaikan era Kerajaan MADANI

Pengamal media perlu jadi mata dan telinga rakyat, jangan gadai etika demi kejar tontonan

Pengamal media perlu jadi mata dan telinga rakyat, jangan gadai etika demi kejar tontonan

BN sangat terbuka bekerjasama dengan PH di Melaka – Zahid

BN sangat terbuka bekerjasama dengan PH di Melaka – Zahid

Kerajaan ambil tanggungjawab, patuhi undang-undang isu pengurusan pelarian

  • By Aden
  • October 5, 2026
Kerajaan ambil tanggungjawab, patuhi undang-undang isu pengurusan pelarian

Jalan Kampung Jaya Baru-Pasar Tamu Mingguan Kunak siap diturap

  • By Fatin
  • October 5, 2026
Jalan Kampung Jaya Baru-Pasar Tamu Mingguan Kunak siap diturap

Sabah perlu peruntukan lebih besar dalam Belanjawan Negara

  • By Fatin
  • October 5, 2026
Sabah perlu peruntukan lebih besar dalam Belanjawan Negara