Projek Fasa 2 naiktaraf jalan ke Pekan Pensiangan dijangka siap hujung tahun ini

PENSIANGAN – Usaha memperkasa infrastruktur pedalaman terus menunjukkan perkembangan positif apabila projek menaiktaraf jalan ke Pekan Pensiangan kini memasuki fasa pengaspalan di bawah Pelan Induk Pembangunan Parlimen Pensiangan, khususnya bagi kawasan Pagalungan-Pensiangan.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) merangkap Ahli Parlimen Pensiangan, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup berkata, projek Fasa 2 iaitu Jalan ke Pekan Pensiangan – Kampung (Kg.) Lampas – Kg. Sikalabaan yang melebihi 20 kilometer (km) kini sudah bermula fasa pengaspalan.

“Status kerja setakat hari ini adalah sebanyak 70 peratus dan kerja pengaspalan sudah melebihi 2.5km. Jalan ini dijangka akan siap pada penghujung tahun ini bergantung kepada keadaan cuaca.

“Fasa 3 nanti adalah bahagian yang menghubungkan ke kawasan Kampung Tinanduk yang juga sudah bermula dan sedang dalam proses pembinaan. Saya akan kongsi lagi berita perkembangan untuk ini dalam masa terdekat.

“Fasa 4 pula nanti akan menghubungkan semua rangkaian jalan ini sehingga ke sempadan Kalimantan, Indonesia,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook miliknya, pada Khamis.

Jelasnya, pelan induk pembangunan tersebut bukan sahaja tertumpu kepada pembinaan jalan raya, malah merangkumi pelbagai inisiatif pembangunan ekonomi setempat.

“Antaranya pembinaan kilang kopi Sapulut yang sedang dalam pembinaan, menaiktaraf kemudahan jeti dan bot di Pangkalan Salong yang hampir siap, serta penambahbaikan rangkaian telefon dan internet di seluruh daerah yang sedang dilaksanakan.

“Selain itu, infrastruktur ekonomi masyarakat turut diperkasa melalui pembinaan bangunan tamu Pagalungan dan kedai Agrobazaar Salong yang telah siap, serta perancangan pembinaan Pusat IMIGRESEN dan KASTAM bagi perkhidmatan sempadan di laluan ke Kalimantan, Indonesia yang kini dalam proses,” ujarnya.

Arthur yang juga ADUN Sook berkata, pelaksanaan pelan induk ini dilihat sebagai langkah strategik untuk mentransformasikan kawasan pedalaman Sabah, khususnya di Daerah Pensiangan, dengan memberi tumpuan kepada akses perhubungan, rangsangan ekonomi dan kemudahan asas demi kesejahteraan rakyat.

Tambahnya, dengan kemajuan terkini Fasa 2, penduduk dijangka dapat menikmati kemudahan jalan berturap sepenuhnya ke Pekan Pensiangan dalam masa terdekat.

  • Related Posts

    Operasi SAR pendaki wanita hilang di Gunung Batu Putih diperhebat, dibantu Orang Asli

    TAPAH – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita yang hilang di Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, 49, akan diperkukuhkan dengan penglibatan komuniti Orang Asli bagi membantu usaha mengesan mangsa.…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Kes MB Perlis tembak lembu: Polis mula siasatan awal

    KANGAR – Polis memulakan siasatan awal berhubung video tular yang memaparkan Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah dipercayai menembak seekor lembu ketika program korban di Kuala Perlis. Ketua Polis Daerah…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Bekalan minyak dunia kritikal jika Selat Hormuz tidak dibuka

    Bekalan minyak dunia kritikal jika Selat Hormuz tidak dibuka

    Gordon sah sertai Barcelona

    Gordon sah sertai Barcelona

    MINDA TOK ABAH: Langkah sepanjang zaman Siti Hajar

    MINDA TOK ABAH: Langkah sepanjang zaman Siti Hajar

    Operasi SAR pendaki wanita hilang di Gunung Batu Putih diperhebat, dibantu Orang Asli

    Operasi SAR pendaki wanita hilang di Gunung Batu Putih diperhebat, dibantu Orang Asli

    Kes MB Perlis tembak lembu: Polis mula siasatan awal

    Kes MB Perlis tembak lembu: Polis mula siasatan awal

    Pemandu ambulans swasta didakwa bunuh kanak-kanak lelaki

    Pemandu ambulans swasta didakwa bunuh kanak-kanak lelaki