Permintaan tinggi, LPP galak anak muda ternak udang kara

PENDANG – Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) mengalakkan golongan anak muda menyertai bidang penternakan udang kara.

Pengerusi LPP, Datuk Mahfuz Omar berkata, penternakan udang kara amat berpotensi, mendapat permintaan tinggi dan mampu memberi pendapatan lumayan.

Beliau menambah, LPP mempunyai bantuan bersesuaian boleh diberikan kepada anak muda yang berminat menceburi bidang tersebut.

“Sebanyak empat tan dapat dihasilkan sebulan dan ia akan dieksport ke beberapa buah negara seperti Singapura, Australia dan Hong Kong.

“Bayangkan, Singapura mencapai 20 tan, ada permintaan banyak dari Australia dan Hong Kong, yang mana pasarannya bagus untuk usahawan di luar sana melihat potensi ini,” katanya.

Beliau berkata sedemikian selepas lawatan ke Ladang Udang Kara Air Tawar Arbaah di Kampung Durian, di sini.

Mahfuz berkata, kerajaan juga memperuntukkan RM1 billion untuk projek-projek berkaitan agro pertanian, penternakan dan sebagainya untuk menambah pendapatan komuniti.

Beliau berkata, setiap komuniti akan diberikan peruntukan sebanyak RM100,000 untuk projek agro pertanian.

Sehubungan itu, Mahfuz berharap komuniti mengambil peluang melaksanakan projek udang kara di kawasan mereka.

“Kita hendak mencari di kalangan usahawan-usahawan muda yang berminat untuk diberikan pendedahan dan kursus dari awal sampai habis bagaimana hendak menternak udang kara,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Mahfuz berkata, kolam ternakan diusahakan usahawan, Muhammad Firdaus Osman di Kampung Durian, Pendang terbabit adalah penternakan udang kara yang terbesar di Malaysia.

“Beliau bukan hanya menternak, tetapi juga menghasilkan produk-produk seperti udang kara perap dan kerepek udang kara,” katanya.

Related Posts

Perak negeri pertama lancar Kiosk Kesihatan Pintar SIHAT AI

IPOH – Perak menjadi kerajaan negeri pertama di negara ini melancarkan Kios Kesihatan Pintar SIHAT AI, inisiatif berteraskan kecerdasan buatan (AI) bagi memperkukuh pengesanan awal penyakit tidak berjangkit (NCD) seperti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiga sekeluarga ditahan SPRM, tipu pembelian padi RM20 juta

ALOR SETAR – Tiga sekeluarga termasuk dua pengarah syarikat pengeluar dan pemproses padi serta beras ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu bagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengundian awal PRN Johor catat 94.49 peratus keluar mengundi – SPR

Pengundian awal PRN Johor catat 94.49 peratus keluar mengundi – SPR

18 kertas siasatan kesalahan pilihan raya dibuka di Johor

18 kertas siasatan kesalahan pilihan raya dibuka di Johor

Perak negeri pertama lancar Kiosk Kesihatan Pintar SIHAT AI

Perak negeri pertama lancar Kiosk Kesihatan Pintar SIHAT AI

Tiga sekeluarga ditahan SPRM, tipu pembelian padi RM20 juta

Tiga sekeluarga ditahan SPRM, tipu pembelian padi RM20 juta

Kerajaan salur RM450 juta biaya baik pulih kediaman petugas FELDA

Kerajaan salur RM450 juta biaya baik pulih kediaman petugas FELDA

Asnaf sekitar Jengka terima Bakti Negeri Pahang

Asnaf sekitar Jengka terima Bakti Negeri Pahang