JKR Sabah beri amaran waspada ‘job scam’

KOTA KINABALU – Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah menasihatkan orang ramai agar lebih berwaspada terhadap sebarang tawaran menarik yang diterima melalui pelbagai saluran media.

Pengarah JKR Sabah, Philemon Lajawai berkata, ekoran peningkatan pelbagai kejadian ‘scammer’ pada masa kini, orang ramai diminta berhati-hati terutamanya dengan penipuan yang melibatkan jabatan berkenaan.

“Kejadian penyamaran dan penipuan yang kini semakin berleluasa, melibatkan tawaran kerja atau tender jabatan ini, dinasihatkan agar pihak yang berkenaan lebih berwaspada dan mengambil langkah proaktif untuk kesahihan sebarang tawaran menarik melalui WhatsApp, Telegram atau panggilan telefon.

“JKR Sabah hanya mengiklankan tawaran kerja melalui suratkhabar, papan kenyataan di pejabat kerajaan, laman sesawang rasmi JKR Sabah, sistem My Procurement Kerajaan Persekutuan dan pelawaan melalui jemputan.

“Pihak jabatan juga tidak akan meminta sebarang pendahuluan kewangan melalui kaedah ‘fund and transfer’ secara langsung ke akaun perseorangan,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Orang awam turut dinasihatkan untuk terus merujuk kepada pegawai dan kakitangan JKR Sabah bagi mendapatkan kesahihan.

Related Posts

Parti Sedar Rakyat sokong kepemimpinan Premier Sarawak, umum tidak tanding kerusi disandang

KUCHING – Parti Sedar Rakyat yang kini dalam proses penjenamaan semula kepada Parti Wawasan Rakyat, menzahirkan sokongan penuh terhadap kepemimpinan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Openg.  Presidennya, Affendi Jeman…

Lebih lanjut

teruskan membaca
19,000 kekosongan Tahun Satu di Perak bagi sesi persekolahan 2027

IPOH – Lebihan hampir 19,000 tempat bagi kemasukan Tahun Satu di Perak mencerminkan kapasiti sekolah di negeri ini masih berada pada tahap selesa dan mampu menampung keperluan murid bagi sesi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Parti Sedar Rakyat sokong kepemimpinan Premier Sarawak, umum tidak tanding kerusi disandang

Parti Sedar Rakyat sokong kepemimpinan Premier Sarawak, umum tidak tanding kerusi disandang

19,000 kekosongan Tahun Satu di Perak bagi sesi persekolahan 2027

19,000 kekosongan Tahun Satu di Perak bagi sesi persekolahan 2027

1,139kg minyak masak peket bersubsidi disita di Sandakan ‎

1,139kg minyak masak peket bersubsidi disita di Sandakan ‎

Ada keperluan murid dididik jaga kebersihan termasuk bersihkan tandas – PMX

Ada keperluan murid dididik jaga kebersihan termasuk bersihkan tandas – PMX

Satu kapal minyak Malaysia rosak, satu sudah menghampiri perairan negara

Satu kapal minyak Malaysia rosak, satu sudah menghampiri perairan negara

Status Pulau Sebatik masih ‘grey area’, bukan milik Indonesia

Status Pulau Sebatik masih ‘grey area’, bukan milik Indonesia