PMX adakan pertemuan bersama pemimpin tertinggi ATM

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan perjumpaan bersama pimpinan tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Wisma Perwira, pada Selasa.

Perjumpaan berlangsung kira-kira satu jam itu turut dihadiri Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Panglima Angkatan Tentera, Datuk Malek Razak Sulaiman.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Lokman Hakim Ali; Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Datuk Seri Sollehuddin Alyubi Zakaria dan Timbalan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi), Datuk Mohd Shaiful Ibrahim.

Difahamkan pertemuan itu antara lain membincangkan aspek kesiapsiagaan keselamatan dan pertahanan negara, pemerkasaan tadbir urus selain berkenaan kebajikan seluruh warga ATM.

Terdahulu, Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan tiba di Wisma Perwira pada kira-kira jam 12.20 tengah hari, disambut Mohamed Khaled dan pimpinan tertinggi ATM.

Selesai pertemuan itu, Anwar menyertai Program Ihya Ramadan Kementerian Pertahanan bersama Perdana Menteri di Masjid Khalid bin Al-Walid di Kuala Lumpur, yang dihadiri ratusan jemaah dalam kalangan pegawai dan anggota ATM.

Beliau kemudian menunaikan solat Zohor berjemaah sebelum mengedarkan bubur lambuk kepada jemaah yang hadir.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu petang ini untuk memulakan lawatan kerja selama dua hari ke Sabah. Ketibaan Perdana Menteri di Terminal 2,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula