Perbezaan politik tidak jejas usaha bawa kegembiraan komuniti

SANDAKAN – Perbezaan latar belakang politik bukan penghalang untuk semua pihak bekerjasama demi berkhidmat kepada rakyat serta membawa kegembiraan kepada komuniti.

Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee berkata, sempena hari keenam sambutan Tahun Baharu Cina, Parlimen Sandakan telah menganjurkan persembahan tarian singa, singa utara dan naga di Pasar Sentral Sandakan bagi memeriahkan suasana perayaan bersama para peniaga dan pengunjung.

“Paluan gendang yang meriah serta persembahan penuh semangat itu berjaya menghidupkan suasana pasar sekali gus menarik lebih ramai pengunjung selain memberi suntikan semangat kepada para peniaga.

“Program seperti ini bukan sahaja mengeratkan perpaduan masyarakat, malah membawa kegembiraan kepada semua tanpa mengira kaum dan latar belakang,” katanya dalam kenyataan, pada Isnin.

Vivian turut merakamkan penghargaan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Papat, Alex Thien yang membantu mengatur pasukan tarian singa bagi memeriahkan acara serta menyampaikan ucapan Tahun Baharu kepada orang ramai.

Dalam pada itu, beliau turut berharap sambutan Tahun Baharu Cina, tahun ini akan membawa rezeki dan kesihatan yang baik serta kesejahteraan kepada seluruh masyarakat.

Related Posts

Surau Ad-Dhuha lokasi Outreach Komuniti Sungai Lembing

KUANTAN – Seramai 50 sukarelawan menyertai program Outreach Komuniti di Surau Ad-Dhuha, Kuala Kenau, dekat sini, hari ini. Program itu anjuran bersama Majlis Tindakan Sosial Pahang (MTSP) Paya Besar, Majlis…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan 

MASJID TANAH – PKR Cabang Masjid Tanah memberi bayangan bakal menampilkan barisan calon muda pada pilihan raya akan datang sebagai usaha membawa pembaharuan politik yang lebih dekat dengan denyut nadi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Surau Ad-Dhuha lokasi Outreach Komuniti Sungai Lembing

Surau Ad-Dhuha lokasi Outreach Komuniti Sungai Lembing

RM50 juta dana PTPK sokong pelaksanaan TVET 2.0

RM50 juta dana PTPK sokong pelaksanaan TVET 2.0

Trump arah ketua perisikan sementara pecat kakitangan

Trump arah ketua perisikan sementara pecat kakitangan

Orang politik tunggang krisis diraja Negeri Sembilan?

Orang politik tunggang krisis diraja Negeri Sembilan?

PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan 

PKR Masjid Tanah tampil calon muda, bukti komitmen bawa perubahan 

Permohonan undi pos PRN Johor dibuka

Permohonan undi pos PRN Johor dibuka