Tiada istilah tanah adat beri kebebasan kepada mana-mana pihak di Pahang

KUANTAN – Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menegaskan bahawa tiada istilah tanah adat atau tanah warisan yang memberi hak kepada mana-mana pihak menduduki tanah secara bebas di negeri ini.

Titah baginda, hak menduduki tanah oleh masyarakat Orang Asli hanya wujud melalui pewartaan sah oleh kerajaan sebagaimana diperuntukkan mengikut Seksyen 6 dan Seksyen 7 Akta Orang Asli 1954.

Baginda menegaskan, mana-mana pendudukan, penerokaan atau penguasaan tanah tanpa kebenaran bertulis adalah satu kesalahan serius di sisi undang-undang.

“Dalam menjaga kedaulatan negeri ini agar terus aman, makmur dan sejahtera, saya ingin menegaskan bahawa isu pencerobohan tanah bukanlah perkara kecil yang boleh dipandang ringan, ia bukan juga bermusim yang hangat seketika.

“Ia adalah barah yang telah lama berakar, merosakkan sistem pentadbiran tanah, mencabar kedaulatan undang-undang dan menzalimi hak negeri serta rakyat,” titah baginda seperti dilaporkan Pahang Media.

Baginda bertitah demikian ketika menyempurnakan Majlis Perasmian Masjid Sultan Haji Ahmad Shah Teluk Gading dan Majlis Berbuka Puasa di Kuala Rompin, semalam.

Titah baginda lagi, tanah yang diwartakan sebagai kawasan pendudukan Orang Asli di negeri ini melibatkan 27 kampung seluas 7,706 hektar.

Baginda menjelaskan, sebanyak 83 kampung Orang Asli dalam proses ukur dan 18 kampung belum melalui permohonan warta melibatkan keluasan 24,532 hektar, manakala tanah yang masih belum diukur melibatkan 61 kampung seluas 16,253 hektar.

“Saya meletakkan sepenuh harapan kepada pihak kerajaan negeri, Persekutuan dan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) agar tidak sama sekali mengabaikan kebajikan serta pembangunan masyarakat Orang Asli, sebaliknya melaksanakan perlindungan secara holistik, berperingkat tanpa henti di bawah peruntukan undang-undang.

“Namun jangan sesekali menjadikan proses ini sebagai alasan untuk menceroboh, menguasai, membuka ladang haram dan mengeksploitasi tanah negeri,” titah baginda.

Terdahulu media melaporkan 21 individu terdiri daripada empat lelaki dan 17 wanita Orang Asli ditahan kerana disyaki menceroboh tanah milik Sultan Pahang seluas 718.281 hektar berhampiran Kampung Jemeri di Rompin.

Related Posts

JPN Bera ziarah warga emas, urus penggantian MyKad secara percuma

BERA – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Daerah Bera mengadakan lawatan prihatin ke Rumah Kebajikan Warga Emas Sang Riang di sini, hari ini bagi memberi sokongan moral dan semangat kepada penghuni…

Lebih lanjut

teruskan membaca
FKAT 2026: Penyertaan empat delegasi antarabangsa, sasar lebih 50,000 pengunjung

TAWAU – Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau (FKAT) 2026 yang memasuki edisi ke-11 tahun ini menerima penyertaan empat delegasi antarabangsa iaitu dari Uzbekistan, Kazakhstan, Kemboja dan Indonesia. Presiden Majlis Perbandaran Tawau…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Saya jadi sasaran fitnah cuba ganggu sistem adat dan institusi diraja’ – Anthony

‘Saya jadi sasaran fitnah cuba ganggu sistem adat dan institusi diraja’ – Anthony

Tidak benar peruntukan Orang Asli dihentikan jika PH menang

Tidak benar peruntukan Orang Asli dihentikan jika PH menang

Dedah laporan RCI Tabung Haji peluang pulih keyakinan pencarum

Dedah laporan RCI Tabung Haji peluang pulih keyakinan pencarum

Tabung Haji rugi RM10 bilion, siasatan menyeluruh dilaksana

Tabung Haji rugi RM10 bilion, siasatan menyeluruh dilaksana

Anthony tidak pernah bantah agenda Islam, Melayu – PM

Anthony tidak pernah bantah agenda Islam, Melayu – PM

Harga RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi naik 20 sen, mulai 30 Julai hingga 5 Ogos

Harga RON97, RON95 dan diesel tanpa subsidi naik 20 sen, mulai 30 Julai hingga 5 Ogos