Anwar tegar kukuhkan syiar Islam, Islamisasi di Malaysia

TAK sampai tiga bulan lagi akan genaplah dua tahun Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemudi tampuk pentadbiran negara.

Sejak mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-10 Malaysia pada 24 November 2022, perjuangan Anwar memartabatkan syiar Islam kekal menjadi iltizam utamanya dalam memimpin Kerajaan Perpaduan.

Tidak menunggu lama, Anwar menjadikan kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana untuk rakyat Malaysia mendapat manfaat ilmu kerohanian sekali gus menyebarkan syiar Islam dan Islamisasi.

Saban minggu ada saja aktiviti majlis ilmu diadakan di Seri Perdana dengan menampilkan tokoh ilmuan Islam tersohor dunia.

Dua tokoh ulama besar dunia Islam, bekas Mufti Agung Mesir, Al Alamah Syeikh Prof. Dr. Ali Jumuah Al Azhari serta Pengasas dan Pengetua Dar Al Mustofa di Tarim, Yaman, Al Alamah Habib Umar bin Muhammad bin Salim Ben Hafidz antara yang berpeluang menyampaikan kuliah ilmu di Seri Perdana sepanjang Anwar menjadi Perdana Menteri ketika ini.

“Saya berdoa dan berharap agar penganjuran majlis Mahabbah Ulama dan Majlis Ilmu di Kompleks Seri Perdana akan diberkati Allah SWT dan akan berterusan hendaknya,” coret Anwar dalam hantaran di Facebook, awal tahun ini.

Sebelum ini tiada Perdana Menteri menjadikan Seri Perdana sebagai medan percambahan ilmu Islam kecuali Anwar yang memang terkenal sejak zaman mudanya giat mempromosikan Islamisasi di tanah air.

Antara proses Islamisasi Anwar yang paling diingati apabila bekas Presiden ABIM pertama itu telah menggalakkan pemakaian tudung sekali gus menutup aurat di kalangan wanita muslim pada awal 80-an.

Menerusi revolusi pemakaian tudung yang dicetus Anwar ini juga telah memberi impak dan menukar sedikit demi sedikit budaya pemakaian skirt dan seluar pendek murid sekolah kepada pakaian bercirikan Islam iaitu berseluar panjang kepada murid lelaki dan berbaju kurung serta bertudung kepada murid perempuan.

Anwar turut bertanggungjawab mengarahkan silibus mandi safar dikeluarkan dari buku teks Tata Rakyat ketika beliau menjawat Menteri Pendidikan kerana amalan itu merupakan amalan kurafat.

Di bidang pengajian tinggi, Anwar merupakan pencetus idea sehingga tertubuhnya Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) pada 1983 walaupun ketika itu bangunan rasmi belum didirikan.

Kini, UIAM megah tersergam di Gombak yang secara tak langsung menjadikan Malaysia sebagai pusat Islamisasi bukan sahaja di pelajar rantau asia malah di seluruh dunia.

Di sektor kewangan, penubuhan Bank Islam sebenarnya idea dari Anwar semasa beliau menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri pada 1993.

Tegasnya, penubuhan Bank Islam akan menjadi asas utama ke arah pelaksanaan sistem ekonomi Islam di Malaysia berlandaskan syariah dan juga salah satu cara untuk menghapuskan amalan riba perbankan.

Setelah 25 tahun dihumban dari kancah pentadbiran negara, Anwar kembali dengan kuasa yang ada untuk meneruskan agenda pemerkasaan syiar Islam sekali gus Islamisasi di Malaysia.

“Saya sebagai seorang Muslim ada tanggungjawab seorang Islam, saya juga tahu pemimpin di negara Malaysia dengan warganegara dengan hak mereka saya akan pertahankan hak.

“Di depan majlis Jakim dan majoriti umat Islam, saya akan tetap menyediakan syiar dan pastikan penghayatan Islam lebih bermakna.

“Tetapi saya akan tetap pertahankan hak dan keadilan bagi setiap warganegara termasuk bukan Islam,” tegasnya ketika berucap di Kompleks Islam Putrajaya pada 4 Julai tahun lepas.

Related Posts

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

UCAPAN dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam Perhimpunan Agung UMNO semalam cukup menarik perhatian. Antara perkara yang paling mencuri tumpuan ialah desakan supaya Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Ciuman maut’ Khairy buat Zahid, pujian atau perangkap?

Oleh: Nehru Sathiamoorthy ULASAN | Tahukah anda apa yang dikatakan Khairy Jamaluddin mengenai ucapan dasar Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi pada perhimpunan agung parti hari ini? Khairy menyifatkannya sebagai ucapan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan