MOTAC perkasa kerjasama strategik promosi pelancongan semua negeri

SIBU – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) komited untuk memperkasakan agenda promosi pelancongan negara secara lebih proaktif menerusi jalinan kerjasama strategik yang lebih erat dengan semua agensi kerajaan negeri di seluruh Malaysia termasuk Sarawak.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing menegaskan beliau telah memberikan arahan khusus kepada Tourism Malaysia agar melipatgandakan usaha promosi bagi memastikan industri pelancongan domestik mahupun antarabangsa terus menunjukkan pertumbuhan yang mampan.

Menurut beliau, langkah tersebut penting bagi memastikan setiap negeri mendapat manfaat ekonomi yang saksama daripada sektor berkenaan.

“Saya telah memaklumkan kepada Tourism Malaysia mereka mesti bertindak dengan lebih agresif serta bekerjasama dengan semua negeri di seluruh negara bagi tujuan mempromosikan pelancongan,” katanya ketika ditemui media pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2026 di Pusat Komersial Pulau Li Hua pada Khamis.

Menyentuh mengenai pembangunan sektor pelancongan di Bumi Kenyalang, King Sing memaklumkan satu sesi libat urus khusus bersama Tourism Sarawak akan dilaksanakan selepas tamatnya musim perayaan Tahun Baharu Cina dan Hari Raya Aidilfitri.

”Kerjasama itu bertujuan untuk menyelaraskan gerak kerja dan strategi promosi agar lebih berfokus serta efisien, khususnya bagi menonjolkan potensi pelancongan di Sibu.

Beliau turut menjelaskan data rasmi kemasukan pelancong sempena musim perayaan ini dijangka akan diumumkan pada minggu hadapan.

Bagaimanapun, ujarnya, tinjauan awal menunjukkan trend yang amat positif dengan rekod ketibaan yang luar biasa di pintu masuk utama negara pada dua hari pertama sambutan Tahun Baharu Cina.

“Angka sebenar belum dapat dipastikan, namun berdasarkan tinjauan awal, seramai 6,500 pelancong direkodkan tiba dalam tempoh dua jam di Terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 1 manakala kira-kira 1,500 lagi di Terminal KLIA 2,” ujarnya.

Beliau yakin momentum positif itu akan terus diperkukuh menerusi pendekatan promosi yang lebih strategik selain kerjasama erat antara kerajaan Persekutuan dengan semua kerajaan negeri di seluruh Malaysia.

Sinergi tersebut diyakini mampu merancakkan lagi pertumbuhan sektor pelancongan, sekali gus memperkukuh daya tahan ekonomi negara dalam jangka panjang.

Related Posts

Sebuah SUV terjunam dalam lombong, tiada mangsa ditemukan

IPOH – Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis BMW X5 yang ditemukan terjunam ke dalam sebuah lombong berhampiran Klinik Desa Kampung Sungai Terap, Batu Gajah, malam Rabu, disahkan tidak melibatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Presiden PRBS mengaku tidak salah guna jawatan libatkan peruntukan RM2 juta

KOTA KINABALU – Presiden Pertubuhan Rungus Bersatu Sabah (PRBS), Makinsos Nawai, 67, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu atas pertuduhan menggunakan jawatannya bagi mendapatkan peruntukan pembinaan Dewan Kebudayaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengundi Negeri Sembilan tolak retorik politik, pilih kesinambungan pentadbiran PH

Pengundi Negeri Sembilan tolak retorik politik, pilih kesinambungan pentadbiran PH

Laporan RCI TH perlu didedah segera, rakyat ada hak tahu kebenaran

Laporan RCI TH perlu didedah segera, rakyat ada hak tahu kebenaran

PH tawar kestabilan, BN masih cari formula kemenangan – Ustaz Shahir

PH tawar kestabilan, BN masih cari formula kemenangan – Ustaz Shahir

TH raih dua anugerah berprestij pengurusan hartanah

TH raih dua anugerah berprestij pengurusan hartanah

BN tidak pernah berubah, kekal bersama Kerajaan Perpaduan hingga tamat penggal – Ahmad Zahid

BN tidak pernah berubah, kekal bersama Kerajaan Perpaduan hingga tamat penggal – Ahmad Zahid

Pas gunakan penyatuan Melayu untuk dapatkan kuasa – Faiz Fadzil

Pas gunakan penyatuan Melayu untuk dapatkan kuasa – Faiz Fadzil