Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad meninggal dunia

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad, meninggal dunia hari ini pada usia 84 tahun. Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Toh Puan Hamidah Choong Abdullah serta empat anak.

Sumber Jabatan Kehakiman mengesahkan pemergian Allahyarham, namun tidak memperincikan punca kematian.

Difahamkan, jenazah Allahyarham kini ditempatkan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Universiti Kebangsaan Malaysia (HCTM) dan urusan pengebumian dijangka dilaksanakan selepas solat Asar.

Allahyarham dilahirkan pada 18 April 1942 di Permatang Tinggi Bakar Bata, Kepala Batas, Pulau Pinang. Beliau memulakan pendidikan awal di Sekolah Melayu Paya Keladi sebelum meneruskan persekolahan di St Mark’s Branch School, Prai dan Sekolah Menengah St Mark’s, Butterworth.

Selepas memperoleh Gred 1 dalam peperiksaan Senior Cambridge dan Malaysian Certificate of Education, beliau melanjutkan pelajaran ke Tingkatan Enam di St. Xavier’s Institution, Pulau Pinang.

Allahyarham kemudiannya menyambung pengajian dalam bidang undang-undang di Fakulti Undang-Undang, National University of Singapore dan menamatkan pengajian pada 1969.

Allahyarham memulakan kerjaya dalam perkhidmatan kehakiman dan perundangan pada Mei 1969. Sepanjang tempoh itu, beliau pernah berkhidmat sebagai Majistret, Presiden Mahkamah Sesyen, Penolong Pengarah Biro Bantuan Guaman, Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Penasihat Undang-Undang Negeri, Peguam Kanan Persekutuan di Jabatan Hasil Dalam Negeri serta Ketua Bahagian Pendakwaan.

Beliau dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman di Pulau Pinang pada 1990 sebelum dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi dua tahun kemudian.

Pada 2002, Allahyarham dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan dan seterusnya sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan pada tahun berikutnya.

Allahyarham kemudian dilantik sebagai Presiden Mahkamah Rayuan pada 5 September 2007 sebelum mengangkat sumpah sebagai Ketua Hakim Negara pada 11 Disember tahun sama.

Beliau berkhidmat sehingga bersara pada 18 Oktober 2008.

Sepanjang perkhidmatannya, Allahyarham mengendalikan pelbagai kes berprofil tinggi termasuk penghakiman berkaitan wakaf, murtad serta pertikaian bidang kuasa antara Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah.

Related Posts

Cadangan mansuh syarat simpanan minimum RM15,000 haji dijawab di Dewan Rakyat

BANGI – Kerajaan akan memberikan penjelasan berhubung cadangan memansuhkan syarat simpanan minimum RM15,000 bagi bakal jemaah haji ketika sesi penggulungan di Dewan Rakyat tidak lama lagi. Menteri di Jabatan Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tarif elektrik 2027: Pengguna berskala besar bayar lebih

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan memperkenalkan konsep bayaran elektrik berdasarkan penggunaan sebenar mulai tahun depan bagi memastikan agihan kos lebih adil, selain melindungi kepentingan pengguna domestik. Menteri Peralihan Tenaga dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Undang Yang Empat sedia runding dengan Tuanku Muhriz berhubung krisis takhta

Undang Yang Empat sedia runding dengan Tuanku Muhriz berhubung krisis takhta

Maritim Sandakan rampas aset lebih RM508,000, tahan 10 individu

  • By Fandi
  • October 15, 2026
Maritim Sandakan rampas aset lebih RM508,000, tahan 10 individu

Jerebu: Semua sekolah bawah lapan PPD di Selangor ditutup esok, UASA ditangguh

Jerebu: Semua sekolah bawah lapan PPD di Selangor ditutup esok, UASA ditangguh

ADUN Tellian gesa tindakan tegas gempur dadah sintetik, judi dalam talian

ADUN Tellian gesa tindakan tegas gempur dadah sintetik, judi dalam talian

Miliki 120 telur penyu, lelaki dipenjara setahun, denda RM50,000

  • By Fandi
  • October 15, 2026
Miliki 120 telur penyu, lelaki dipenjara setahun, denda RM50,000

Jerebu rentas sempadan: Kerajaan sudah usaha sedaya mungkin – Anwar

Jerebu rentas sempadan: Kerajaan sudah usaha sedaya mungkin – Anwar