Perundingan jalan terbaik selesai kemelut Laut China Selatan

KANGAR – Malaysia akan terus menggunakan pendekatan perundingan bagi menyelesaikan kemelut berkait nota diplomatik bantahan China terhadap usaha cari gali petroleum negara di Laut China Selatan.

Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd. Akin berkata, beliau optimis kaedah perundingan kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mampu memberi kesan positif.

“Kita (kerajaan Malaysia) sentiasa menggunakan pendekatan berunding. Bila berlaku perundingan dan perbincangan, ianya akan memberi natijah yang positif walaupun kita tahu ada pihak yang cuba ‘leak’ atau bocorkan dengan tujuan tertentu.

“Tetapi ianya sama sekali tidak akan menafikan kepentingan Malaysia di bawah kepimpinan Anwar untuk berterusan melakukan perundingan dengan China,” katanya di sini hari ini.

Tambah Shamsul Iskandar, pihaknya melihat isu itu cuba dimainkan oleh pihak-pihak tertentu yang mempunyai kepentingan tersendiri.

“Dalam hal ini, pendirian kita jelas. Malaysia sentiasa mengekalkan hubungan yang baik dengan negara-negara Asia, apatah lagi negara-negara kuasa besar seperti China, Rusia dan India.

“Jadi saya fikir, ianya lebih relevan, lebih sesuai dengan nuansa Malaysia untuk meneruskan perbincangan dengan Beijing,” jelasnya.

Menurut Shamsul Iskandar, beliau juga yakin kepimpinan Perdana Menteri mampu mengubah corak geopolitik serantau berhubung kemelut di Laut China Selatan.

“Perdana Menteri mempunyai tanggungjawab yang sangat besar terutama apabila Malaysia akan mengambil alih Pengerusi Asean pada tahun hadapan.

“Kita dapat melihat usaha ke arah itu telah dilakukan lebih awal oleh Perdana Menteri dengan melakukan perbincangan demi perbincangan dengan pemimpin negara Asean. Jadi saya fikir ini akan menatijahkan suatu perkara yang baik,” katanya.

Related Posts

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

KOTA KINABALU – Sabah menjadi tuan rumah Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada 11 September 2026.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu petang ini untuk memulakan lawatan kerja selama dua hari ke Sabah. Ketibaan Perdana Menteri di Terminal 2,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula