Jangan terpedaya dengan ‘gigitan jerung’ kartel yang cemarkan imej SPRM

PUTRAJAYA – Dakwaan membabitkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia  SPRM, Tan Sri Azam Baki  berhubung had pemilikan saham dan prosedur pentadbiran bukan secara automatik merupakan kesalahan jenayah.

Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim berkata, selagi tiada pertuduhan jenayah dibuktikan di mahkamah, kepimpinan SPRM mesti terus berfungsi tanpa gangguan.

Beliau berpandangan, kepimpinan SPRM di bawah kelolaan Azam telah menyaksikan pendakwaan terhadap tokoh-tokoh berprofil tinggi, sekali gus memberi isyarat tindakan tegas sedang dilaksanakan.

“Apabila tindakan menyentuh ‘jerung besar’, tentangan menjadi luar biasa. MCW melihat pola yang jelas, di mana serangan berulang di media sosial. Manipulasi persepsi terhadap isu pentadbiran serta cubaan membingkaikan naratif krisis institusi.

“Ini bukan kebetulan. Jika ada bukti (Azam) rasuah, siasat dan dakwa. Jika tiada unsur jenayah, jangan jadikan isu pentadbiran sebagai senjata politik. Negara tidak boleh ditadbir berdasarkan desakan emosi atau tekanan siber,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP), pada Isnin.

Mengulas lanjut, Jais berpendapat, Malaysia tidak boleh terperangkap dalam politik persepsi sehingga menyebabkan institusi penguatkuasaan menjadi tidak stabil seperti dialami Komisi Pemberantasan Korupsi (KPK) Indonesia.

Katanya, tindakan drastik tanpa asas jenayah yang jelas hanya akan menghantar isyarat salah kepada perasuah, memberi kemenangan moral kepada kartel dan melemahkan semangat pegawai penyiasat.

“Malaysia tidak boleh mengulangi episod Indonesia tahun 2015, apabila kepimpinan KPK digoncang susulan tindakan terhadap Abraham Samad dan Bambang Widjojanto.

“Sejarah menunjukkan apabila kepimpinan agensi antirasuah diganggu ketika tindakan penguatkuasaan sedang agresif, pihak yang paling mendapat manfaat ialah kartel dan jaringan berkepentingan,” katanya.

Dalam pada itu, Jais berkata, pihaknya menyatakan sokongan agar SPRM terus melaksanakan penguatkuasaan tanpa takut atau pilih kasih demi memastikan kartel yang menjejaskan ekonomi negara dapat dibongkar.

“Penguatkuasaan tidak tunduk kepada tekanan. Jika ada pihak yang benar-benar mempunyai bukti salah laku kemukakan kepada pihak berkuasa melalui saluran sah. Menjerit tanpa bukti bukan keberanian, ia hanya bunyi,” katanya.

Tambah beliau, tiada siapa kebal daripada siasatan, namun  institusi antirasuah juga tidak boleh dijadikan sasaran pelemahan strategik.

“Malaysia sedang berada pada fasa kritikal reformasi integriti. Melemahkan kepimpinan ketika operasi sedang berjalan hanya akan menguntungkan mereka yang terancam.

“Momentum anti rasuah mesti dipertahankan. Kartel tidak boleh diberi ruang bernafas. Jika ada kesalahan jenayah. buktikan di mahkamah. Jika tiada hentikan manipulasi persepsi.

“Perjuangan melawan rasuah bukan medan politik. Ia adalah peperangan moral negara,” jelasnya.

Terdahulu, media asing Bloomberg dalam laporannya mendakwa Azam memiliki saham dalam sebuah syarikat perkhidmatan kewangan berdasarkan pemfailan korporat kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Bagaimanapun, Ketua Pesuruhjaya SPRM itu pada sidang media baru-baru ini, menegaskan pegangan saham miliknya bernilai RM800,000 dalam sebuah syarikat perkhidmatan kewangan dibuat secara telus dan mengikut prosedur.

Malah, Azam dilaporkan berkata, tidak ada perkara yang disembunyikan dan sudah diisytiharkan sepenuhnya, malah saham berkenaan yang dibeli tahun lalu sudah dilupuskan dalam tahun sama.

Related Posts

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

KUANTAN – Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) akan menggerakkan 17 siri Program MADANI Kita (PMK) di seluruh negara bagi merapatkan jurang komunikasi antara kerajaan dan rakyat di peringkat akar umbi. Menyifatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pengampunan bersyarat Najib: Anthony lepas jawatan Menteri Pengangkutan

KUALA LUMPUR – Anthony Loke mengumumkan peletakan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan susulan keputusan pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang membolehkan beliau menjalani baki hukuman di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

Pengampunan bersyarat Najib: Anthony lepas jawatan Menteri Pengangkutan

Pengampunan bersyarat Najib: Anthony lepas jawatan Menteri Pengangkutan

Pengampunan bersyarat Najib tidak ubah status kes 1MDB – SPRM

Pengampunan bersyarat Najib tidak ubah status kes 1MDB – SPRM

Sekolah, NGO disaran wujud platform bantuan pengurusan haid remaja

  • By Fatin
  • September 19, 2026
Sekolah, NGO disaran wujud platform bantuan pengurusan haid remaja

PKR Perlis tawar bantuan guaman kepada keluarga murid didakwa mangsa buli

PKR Perlis tawar bantuan guaman kepada keluarga murid didakwa mangsa buli

Wanita hamil, kanak-kanak antara 36 warga Indonesia ditahan cuba lolos secara haram

Wanita hamil, kanak-kanak antara 36 warga Indonesia ditahan cuba lolos secara haram