Perak lancar jualan ikan murah untuk rakyat

SUNGAI SIPUT – Keterjaminan makanan terus menjadi antara keutamaan Kerajaan Negeri Perak menerusi kerangka Pelan Perak Sejahtera 2030 bagi memastikan rakyat mempunyai akses berterusan kepada sumber makanan yang mencukupi, berkualiti dan mampu milik demi kesejahteraan isi rumah.

Menteri Besar Perak, Saarani Mohamad berkata, Inisiatif Jualan Sejahtera Rakyat Ikan Murah merupakan pelengkap penting kepada agenda tersebut, khususnya dalam memperkukuh rantaian bekalan makanan negeri.

Menurutnya, selari dengan usaha berkenaan, kerajaan negeri turut melancarkan Hala Tuju Ekonomi Biru Negeri Perak bagi memperkukuh pembangunan sektor marin dan perikanan secara lebih terancang, lestari serta berimpak jangka panjang kepada ekonomi negeri.

Beliau menjelaskan, Jualan Sejahtera Rakyat Ikan Murah menghubungkan hasil tangkapan nelayan terus kepada pengguna melalui sistem pengedaran yang lebih tersusun dan telus.

“Keterjaminan makanan adalah antara fokus utama kerajaan negeri. Dengan adanya inisiatif ini, hasil tangkapan dapat disalurkan terus kepada pengguna melalui sistem yang lebih teratur dan telus, sekali gus memperkukuh keyakinan rakyat terhadap kestabilan bekalan makanan di Perak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Peluncuran Jualan Sejahtera Rakyat Ikan Murah anjuran Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Perak di Arena Sungai Siput (U), di sini pada Ahad.

Mengulas lanjut, Saarani memaklumkan pada tahun 2024, jumlah pendaratan hasil perikanan di Perak mencecah 434,349.91 tan metrik, manakala pada tahun 2025 sebanyak 333,984.26 tan metrik, sekali gus meletakkan negeri itu antara pengeluar utama perikanan negara.

Katanya, keupayaan menawarkan harga jualan ikan yang lebih rendah bukan berlaku secara kebetulan, sebaliknya disokong oleh kapasiti pengeluaran yang kukuh serta sistem pengedaran yang lebih cekap dan selaras.

Selain memiliki garis pantai sepanjang hampir 398 kilometer, 32 pulau kecil serta kawasan paya bakau yang luas, beliau berkata Perak mempunyai potensi besar untuk dimajukan sebagai negeri peneraju sektor ekonomi marin.

Sementara itu, Saarani berkata Program Jualan Sejahtera Rakyat Ikan Murah akan dilaksanakan di seluruh negeri dengan lima tapak kekal bagi setiap daerah sebagai lokasi utama jualan.

Menurutnya, selain tapak kekal, jualan turut diadakan selepas solat Jumaat di masjid-masjid terpilih, manakala jualan bergerak melalui khemah, motosikal roda tiga dan lori akan dilaksanakan sekurang-kurangnya tiga kali seminggu di lokasi yang dikenal pasti.

“Lebih 1,000 siri jualan disasarkan sepanjang tahun 2026 dengan ikan dan hasil laut ditawarkan mengikut permintaan setempat pada harga antara 20 hingga 40 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran semasa,” katanya.

Related Posts

Peniaga Dataran Kampung Wai kecewa dakwa terima notis roboh gerai

KANGAR – Peniaga di Dataran Kampung Wai, Kuala Perlis kecewa apabila mendakwa menerima notis supaya merobohkan gerai masing-masing bagi memberi laluan kepada penganjuran pesta air selama tiga hari. Dakwaan itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JKDM Sabah gagalkan sembilan cubaan seludup minuman keras bernilai RM4.15 juta

KOTA KINABALU – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sabah menggagalkan sembilan kes cubaan menyeludup minuman keras bernilai RM4.15 juta termasuk duti dan cukai menerusi pemeriksaan di Pelabuhan Sepanggar. Ketua Pengarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RCI Tabung Haji: Hormati titah YDPA, jangan cipta persepsi

RCI Tabung Haji: Hormati titah YDPA, jangan cipta persepsi

Wisma Putra terima laporan 11 rakyat Malaysia terputus hubungan di Nepal

Wisma Putra terima laporan 11 rakyat Malaysia terputus hubungan di Nepal

Peniaga Dataran Kampung Wai kecewa dakwa terima notis roboh gerai

Peniaga Dataran Kampung Wai kecewa dakwa terima notis roboh gerai

Pengeluar komponen automotif perlu teroka teknologi robot humanoid

Pengeluar komponen automotif perlu teroka teknologi robot humanoid

JKDM Sabah gagalkan sembilan cubaan seludup minuman keras bernilai RM4.15 juta

JKDM Sabah gagalkan sembilan cubaan seludup minuman keras bernilai RM4.15 juta

Pelajar cemerlang UIAM perlu RM20,000 untuk visa, sambung pengajian ke UK

  • By Fatin
  • August 26, 2026
Pelajar cemerlang UIAM perlu RM20,000 untuk visa, sambung pengajian ke UK