601 gerai rancakkan Tamu Besar Tahun Baharu Cina Segama

KOTA KINABALU – Penganjuran Tamu Besar sempena Tahun Baharu Cina di Jalan Segama terus menjadi simbol keunikan dan keharmonian masyarakat majmuk di Sabah.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Chan Foong Hin berkata, penganjuran tamu bermusim di Jalan Segama bukanlah sesuatu yang baharu, tetapi telah berlangsung sejak berpuluh tahun lalu tanpa pernah terhenti.

“Jalan Segama ini dari dulu-dulu, sejak berpuluh tahun sudah ada tamu sempena Tahun Baharu Cina. Tak pernah putus.

“Walaupun sekarang kemungkinan pengunjung ke tamu ini bukan lagi majoriti Cina, kita tetap raikan bersama,” katanya ketika ditemui selepas sesi walk about Tamu Besar Tahun Baharu Cina Segama 2026 anjuran DBKK, di sini pada Ahad.

Tambah Chan, penganjuran itu mencerminkan keunikan Sabah yang meraikan setiap perayaan secara bersama tanpa mengira kaum dan agama.

“Ini adalah keunikan Sabah. Kami merayakan sebarang perayaan bersama. Segama masih perlu diteruskan kerana ia merupakan penyebaran budaya yang sangat baik, khususnya ketika musim perayaan,” ujarnya.

Menurut Chan, sebanyak 601 gerai disediakan di Jalan Segama, manakala 74 gerai lagi beroperasi di kawasan Foh Sang, menjadikan keseluruhan 675 gerai terlibat dalam jualan barangan keperluan Tahun Baharu Cina.

“Walaupun jumlah gerai di Foh Sang lebih kecil, lokasinya yang berdekatan kawasan perumahan menjadikannya pilihan utama sebahagian masyarakat Cina setempat.

“Namun, Jalan Segama kekal sebagai tapak utama dan tumpuan tradisi setiap kali musim perayaan,” jelasnya.

Program yang berlangsung selama dua hari bermula 15 hingga 16 Februari itu bertujuan menyediakan gerai jualan barangan keperluan sambutan Tahun Baharu Cina, termasuk hiasan, makanan tradisional serta pelbagai kelengkapan perayaan.

Related Posts

Pertemuan pemimpin PH Negeri Sembilan hanya mesyuarat biasa, bincang persediaan PRN

SEREMBAN – Beberapa pemimpin Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan mengesahkan pertemuan yang diadakan di Kediaman Rasmi Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, pagi tadi hanya mesyuarat biasa bagi membincangkan perkara…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pulau Pinang sukar laksana PRN, PRU serentak – Kon Yeow

BUTTERWORTH – Sukar bagi Pulau Pinang menyelaraskan Pilihan Raya Negeri (PRN) serentak dengan Pilihan Raya Umum (PRU) memandangkan jurang masa sudah terlalu jauh. Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pertemuan pemimpin PH Negeri Sembilan hanya mesyuarat biasa, bincang persediaan PRN

Pertemuan pemimpin PH Negeri Sembilan hanya mesyuarat biasa, bincang persediaan PRN

Pulau Pinang sukar laksana PRN, PRU serentak – Kon Yeow

Pulau Pinang sukar laksana PRN, PRU serentak – Kon Yeow

Speaker serah surat pembubaran DUN Johor kepada SPR

Speaker serah surat pembubaran DUN Johor kepada SPR

Ketua Geng Rames dihadap ke mahkamah

Ketua Geng Rames dihadap ke mahkamah

Rakyat Sabah beruntung, RM150 juta ke RM1.5 bilion

Rakyat Sabah beruntung, RM150 juta ke RM1.5 bilion

PRN Johor awal cetus persoalan, Wanita AMANAH dakwa politik dahului kepentingan rakyat

PRN Johor awal cetus persoalan, Wanita AMANAH dakwa politik dahului kepentingan rakyat