Ingkar rawatan tibi, lelaki dipenjara enam bulan

SANDAKAN – Mahkamah Majistret Sandakan di sini, pada Khamis, menjatuhkan hukuman penjara enam bulan terhadap seorang lelaki dalam kes pertama di Sabah di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 selepas gagal meneruskan rawatan tuberkulosis (tibi) seperti diarahkan pihak berkuasa kesihatan.

Majistret Yong Ching Hong menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh berusia 30 tahun selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan di hadapannya.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa gagal mematuhi perintah untuk meneruskan rawatan tibi serta bertindak dengan cara yang boleh menyebabkan penularan penyakit berjangkit tersebut.

Kesalahan itu didakwa di bawah Seksyen 12(1) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 kerana mendedahkan orang awam kepada risiko jangkitan melalui kehadiran atau kelakuannya di tempat awam.

Tertuduh turut berdepan pertuduhan di bawah Seksyen 22(b) akta sama kerana gagal mematuhi perintah sah yang dikeluarkan pegawai diberi kuasa.

Jika sabit kesalahan, ia membawa hukuman denda maksimum RM10,000 atau penjara sehingga dua tahun.

Siasatan kes dikendalikan pegawai penyiasat Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP), Haslinda Arifin, manakala pendakwaan dijalankan oleh pegawai pendakwa PKP, Sufri Ismail.

Selain hukuman penjara, mahkamah turut memerintahkan tertuduh melengkapkan rawatan tibi mengikut keperluan serta tempoh yang ditetapkan pihak kesihatan.

Related Posts

Internet lemah di lima lokasi Kukup, Cheah Chee Hong desak tindakan segera demi rakyat

KUKUP – Calon Pakatan Harapan (PH), Cheah Chee Hong, mendesak tindakan segera diambil bagi mengatasi masalah capaian internet yang disifatkan sebagai kritikal di beberapa kawasan dalam DUN Kukup selepas hasil…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis Perlis tahan 11 tekong, 33 PATI dalam tempoh dua bulan

PADANG BESAR – Polis Perlis menahan 11 tekong dan 33 pendatang asing tanpa izin (PATI) menerusi lapan kes di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 sepanjang tempoh…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Plan Tindakan Malaysia Digital 2030 tingkat kesiapsiagaan Malaysia hadapi era AI – PM

Plan Tindakan Malaysia Digital 2030 tingkat kesiapsiagaan Malaysia hadapi era AI – PM

Internet lemah di lima lokasi Kukup, Cheah Chee Hong desak tindakan segera demi rakyat

Internet lemah di lima lokasi Kukup, Cheah Chee Hong desak tindakan segera demi rakyat

Polis Perlis tahan 11 tekong, 33 PATI dalam tempoh dua bulan

Polis Perlis tahan 11 tekong, 33 PATI dalam tempoh dua bulan

‘Blackout’ jejas pendapatan, operasi harian peniaga kecil

‘Blackout’ jejas pendapatan, operasi harian peniaga kecil

SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos bagi PRN Johor

SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos bagi PRN Johor

Penurunan harga minyak dunia perlu diterjemahkan kepada harga barangan lebih rendah

Penurunan harga minyak dunia perlu diterjemahkan kepada harga barangan lebih rendah