Belajar dahulu, Pemuda Pas gagal fahami struktur pelaburan moden

KUANTAN – Ketua Pemuda UMNO Pahang, Kamil Ibrahim membidas kenyataan dikeluarkan Pemuda Pas Pahang berhubung isu projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kuantan yang dianggap sebagai ‘cubaan mencetuskan persepsi negatif’ tanpa fakta kukuh.

Beliau juga menyifatkan Pemuda Pas gagal memahami struktur pelaburan moden, khususnya membabitkan inisiatif pembiayaan swasta atau Private Finance Initiative (PFI).

Menurutnya, penggunaan istilah seperti PFI dan risiko kewangan oleh pihak lawan hanya sekadar ‘sebutan’ tanpa pemahaman yang betul.

“Dalam model PFI, risiko utama ditanggung oleh pihak swasta, manakala kerajaan hanya bertindak sebagai pemudah cara.

“Kerajaan bertindak sebagai pemudah cara dan pengawal selia, bukannya pembiaya utama yang mengeluarkan dana negeri sesuka hati.

“Jika konsep asas ini pun masih kabur, lebih baik belajar dahulu sebelum mengajar orang lain tentang pengurusan pelaburan,” tegasnya.

Kamil turut membandingkan ketelitian Kerajaan Negeri Pahang dengan kegagalan beberapa projek di negeri diperintah pemimpin Pas.

Katanya, kelewatan Terminal Bas Kota Bharu dan kegagalan projek Langkasuka di Langkawi mempamerkan kelemahan tadbir urus mereka.

Beliau menambah, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail sentiasa memastikan setiap projek pelaburan tidak mempertaruhkan wang rakyat.

“Kita tidak akan sesekali mempertaruhkan wang rakyat untuk projek yang tidak berdaya maju.

“Membangunkan negeri bukan dengan retorik dan persepsi, ia memerlukan kefahaman struktur kewangan dan kebijaksanaan mengurus risiko,” katanya lagi.

Kamil menasihati Pemuda Pas mengamalkan ‘politik matang’ berasaskan hujah dan data, bukannya syak wasangka tanpa hala tuju jelas.

Related Posts

Tiga Penyelaras DUN lapor polis dakwaan fitnah Pemuda Pas Pahang

KUANTAN – Tiga penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam kawasan Parlimen Paya Besar tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, di sini, hari ini. Mereka adalah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Punca sokong Hamzah, Bersatu Pahang bergolak?

Oleh: Yusoff Din PEMECATAN Abdul Khalib Abdullah sebagai Ketua Bersatu Pahang dilihat membuka lagi episod pergolakan dalaman parti itu di negeri berkenaan, khususnya selepas kemelut melibatkan kem kepimpinan tertinggi parti…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Satu kapal minyak Malaysia rosak, satu sudah menghampiri perairan negara

Satu kapal minyak Malaysia rosak, satu sudah menghampiri perairan negara

Status Pulau Sebatik masih ‘grey area’, bukan milik Indonesia

Status Pulau Sebatik masih ‘grey area’, bukan milik Indonesia

Anwar tidak tolak pemotongan gaji menteri jika keadaan mendesak

Anwar tidak tolak pemotongan gaji menteri jika keadaan mendesak

Lelaki rentung dalam kebakaran dua kenderaan di Miri By Pass

Lelaki rentung dalam kebakaran dua kenderaan di Miri By Pass

Kerajaan teliti titah Sultan Kedah kembalikan zon bebas cukai kepada Langkawi

Kerajaan teliti titah Sultan Kedah kembalikan zon bebas cukai kepada Langkawi

Inkues Zara Qairina masuk fasa penting, enam pakar dipanggil

Inkues Zara Qairina masuk fasa penting, enam pakar dipanggil