PM tegur budaya desak tanpa dengar penjelasan

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri menolak gesaan pihak tertentu supaya Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, dipecat susulan laporan mengenai pemilikan sahamnya dalam sebuah syarikat.

Mengulas gesaan supaya Azam dipecat atau meletakkan jawatan, beliau menegur sikap segelintir pihak yang terus mengkritik tanpa mengambil kira penjelasan yang telah dibuat.

“Orang buat kerja, nak pecat pasal apa? Baca penjelasan dia. Ini suatu penyakit, orang buat kerja you (awak) maki buat apa.

“Wrong (Salah). Dengar penjelasan masing-masing,” katanya lapor BH.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Bersekutu Malaysia (ACCCIM), di sini.

Turut hadir, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke; Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan; Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul; serta Presiden ACCCIM, Datuk Ng Yih Pyng.

Pada Rabu, media melaporkan Azam mengarahkan peguamnya mengeluarkan surat tuntutan (LOD) kepada agensi berita antarabangsa, Bloomberg, susulan laporan yang disifatkannya sebagai mengelirukan dan berunsur fitnah berhubung urus niaga saham lamanya dalam Velocity Capital Bhd.

Terdahulu, Bloomberg melaporkan Azam didakwa memiliki jutaan saham dalam sebuah syarikat perkhidmatan kewangan berdasarkan pemfailan korporat.

Pendedahan itu mengundang semula perhatian terhadap isu pegangan saham atas namanya, selepas kontroversi beberapa tahun lalu yang mencetuskan bantahan serta gesaan supaya beliau meletakkan jawatan.

Related Posts

Pengundi Negeri Sembilan tolak retorik politik, pilih kesinambungan pentadbiran PH

SEREMBAN – Menjelang hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, sebahagian pengundi yang ditemui memilih untuk menilai rekod pentadbiran dan kestabilan kerajaan negeri berbanding retorik politik yang dimainkan sepanjang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Laporan RCI TH perlu didedah segera, rakyat ada hak tahu kebenaran

JEMPOL – Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung isu Tabung Haji perlu didedahkan segera kepada umum demi menjunjung prinsip ketelusan, akauntabiliti dan keadilan, selain membolehkan rakyat menilai sendiri dapatan siasatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengundi Negeri Sembilan tolak retorik politik, pilih kesinambungan pentadbiran PH

Pengundi Negeri Sembilan tolak retorik politik, pilih kesinambungan pentadbiran PH

Laporan RCI TH perlu didedah segera, rakyat ada hak tahu kebenaran

Laporan RCI TH perlu didedah segera, rakyat ada hak tahu kebenaran

PH tawar kestabilan, BN masih cari formula kemenangan – Ustaz Shahir

PH tawar kestabilan, BN masih cari formula kemenangan – Ustaz Shahir

TH raih dua anugerah berprestij pengurusan hartanah

TH raih dua anugerah berprestij pengurusan hartanah

BN tidak pernah berubah, kekal bersama Kerajaan Perpaduan hingga tamat penggal – Ahmad Zahid

BN tidak pernah berubah, kekal bersama Kerajaan Perpaduan hingga tamat penggal – Ahmad Zahid

Pas gunakan penyatuan Melayu untuk dapatkan kuasa – Faiz Fadzil

Pas gunakan penyatuan Melayu untuk dapatkan kuasa – Faiz Fadzil