Anwar merentasi zaman demi Malaysia

Bahagian Satu

PROSES pembinaan karakter dan seterusnya mengukuhkan kepercayaan terhadap sesuatu ‘tanda nama’ itu memerlukan masa yang panjang.

Ada ketikanya, ia menjadi satu perjalanan yang memeritkan dan menguji tahap kesediaan mental.

Semuanya sudah dilalui Perdana Menteri Malaysia Ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menjadikan beliau sebagai seorang tokoh yang kuat di peringkat dalaman serta dihormati pada tahap global.

Nilai penghormatan dan keteguhan jenama ‘Anwar Ibrahim’ itu bukanlah semudahnya diperoleh.

Bahkan, Anwar memulakan segala gerak langkah sejak awal lagi, semenjak di peringkat universiti.

Beliau membuka laluan dengan membina hubungan luar ketika berada di tahun pertama pengajian di Universiti Malaya (UM).

Anwar menyertai Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan seterusnya Majlis Belia Malaysia (MBM).

Ketokohannya mula terserlah ketika aktif dalam kedua persatuan itu.

Anwar menjadi Presiden PKPIM dan Setiausaha Agung MBM semasa masih di UM, sebelum menjadi Presiden MBM terkemudian selepas itu.

Maka, beliau buat pertama kali meneroka langkah awal ke luar negara bagi mengikuti satu program di Indonesia.

Tawaran berkenaan diberikan oleh Tun Musa Hitam.

Musa Hitam dan Anwar Ibrahim

Berdasarkan rujukan penulisan awal berkaitan hubungan antara Anwar dan Musa, mereka bertemu buat kali pertama sekitar tahun 1966 atau 1967 ketika Musa hadir ke Cheruk To’ Kun.

Ketika itu Anwar sedang menunggu keputusan permohonan untuk memasuki universiti.

Program di Indonesia itu juga memberi kelebihan kepada Anwar apabila mendapat pendedahan berkaitan pergerakan Islam serantau dan antarabangsa.

Susulan program itu kemudiannya membawa kepada penubuhan Persatuan Mahasiswa Islam Asia Tenggara (PEMIAT) dan Persekutuan Pertubuhan Pelajar Islam Antarabangsa (IIFSO).

Turut diwujudkan selepas itu adalah Himpunan Belia Sedunia (WAY) yang menjadi platform kepada Anwar memperkukuhkan namanya di persada global.

Anwar sempat memegang jawatan sebagai ahli jawatankuasa WAY dan menjadi peserta semasa Himpunan Belia Sedunia anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York.

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) adalah antara badan bukan kerajaan (NGO) yang diasaskan pada Ogos 1971 oleh Anwar bersama beberapa lagi tokoh yang lain.

Antara tokoh itu adalah Abdul Wahab Sulaiman, Fauzi Abd Rahman, Razali Nawawi dan Siddiq Fadzil.

Related Posts

Sifarkan miskin tegar: Kerajaan Pas Kedah kini bercanggah dengan fitrah

KENYATAAN terbaharu seorang Adun Pas tentang usaha kerajaan negeri dalam mencapai kadar sifar miskin tegar di Kedah menjadi bahan sindiran. Ia susulan pendirian berbeza oleh wakil rakyat parti itu sebelum…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Islam menuntut keadilan bukan retorik politik

MUTAKHIR ini, muncul naratif yang cuba menggambarkan seolah-olah masalah ekonomi negara berpunca semata-mata daripada kegagalan moral pemimpin, malah dilabel dengan istilah keras seperti ‘bebal’ dan ‘zalim’. Naratif sebegini bukan sahaja…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

LTSIP pacu ekonomi Kelantan, buka laluan terus ke hab ASEAN

LTSIP pacu ekonomi Kelantan, buka laluan terus ke hab ASEAN

Sebaran berita palsu pembekalan diesel ke Filipina, individu disiasat

Sebaran berita palsu pembekalan diesel ke Filipina, individu disiasat

KPTNS kekal platform pilihan utama penggiat seni Sabah

  • By Ynom
  • April 18, 2026
KPTNS kekal platform pilihan utama penggiat seni Sabah

Sektor swasta pemacu utama Ekonomi MADANI – PM

Sektor swasta pemacu utama Ekonomi MADANI – PM

Kawalan akaun media sosial perlu, elak risiko dalam talian kanak-kanak – Pengamal undang-undang

Kawalan akaun media sosial perlu, elak risiko dalam talian kanak-kanak – Pengamal undang-undang

Angkut ‘si manja’ balik kampung, pemilik kongsi pengalaman dan cabaran

Angkut ‘si manja’ balik kampung, pemilik kongsi pengalaman dan cabaran