Expo Destinasi Muslim Sabah 2026 tawar peluang pelancongan baharu

KOTA KINABALU – Sabah terus diperkasa sebagai destinasi pelancongan mesra Muslim menerusi penganjuran Expo Destinasi Pelancongan Muslim dan Umrah Sabah 2026 yang akan berlangsung dari 7 hingga 10 Mei 2026 di Event Hall, Kompleks Karamunsing, Kota Kinabalu.

Presiden Persatuan Pengusaha Agensi Umrah dan Haji Sabah (PAUHS), Nor Azmir Abi Shafian berkata, expo julung kali dianjurkan tersebut adalah sebagai menyahut seruan Tahun Melawat Malaysia 2026, selain memperkenalkan potensi besar Sabah sebagai destinasi pelancongan mesra Muslim kepada pelancong tempatan dan antarabangsa.

โ€œSebagai persatuan pengusaha umrah haji Negeri Sabah, kami rasa terpanggil dan bertanggungjawab untuk mempromosikan destinasi-destinasi pelancongan yang mesra muslim di negeri Sabah.

โ€œPenganjuran ini juga kami ingin mengetengahkan Sabah sebab kita tengok daripada data Sabah ini, kalau tidak silap saya, antara destinasi pelancongan yang tertinggi di Malaysia untuk dikunjunginya selain Kuala Lumpur,โ€ katanya semasa sidang media Expo Destinasi Pelancongan Muslim dan Umrah Sabah 2026 di Hotel Citadines Waterfront, di sini pada Isnin.

Jelasnya, mana-mana lokasi boleh diiktiraf sebagai destinasi pelancongan Muslim selagi memenuhi garis panduan dan kriteria ditetapkan, antaranya kemudahan ibadah, keperluan bersuci, penyediaan makanan halal serta kewujudan tempat solat.

โ€œDestinasi pelancongan Muslim tidak semestinya dimiliki oleh orang Islam, sebaliknya terbuka kepada semua pihak yang mematuhi kriteria mesra Muslim.

โ€œExpo ini juga bertujuan menawarkan alternatif kepada rakyat Sabah terdapat agensi pelancongan tempatan yang mampu menyediakan pakej pelancongan Muslim, termasuk bagi pasaran pelancong antarabangsa,โ€ katanya.

Tambah Nor Azmir, expo tersebut dirancang sebagai penganjuran bersiri, bermula di Kota Kinabalu sebelum diperluaskan ke Sandakan dan Tawau.

Mengulas mengenai kemasukan pelancong dari Timur Tengah, Nor Azmir berkata, Sabah masih kurang menerima kehadiran pelancong dari rantau tersebut ketika ini berbanding Semenanjung Malaysia.

Sehubungan itu, beliau berkata, PAUHS akan menggunakan kepakaran dan jaringan agensi umrah yang berpengalaman di Timur Tengah, khususnya Arab Saudi, bagi menarik lebih ramai pelancong dari rantau berkenaan ke Sabah.

Related Posts

Kes bayi jatuh kerusi meninggal: Pengasuh direman 3 hari bermula hari ini

SUNGAI PETANI – Pengasuh yang ditahan berhubung kejadian bayi perempuan 11 bulan yang meninggal dunia semalam selepas terjatuh direman tiga hari untuk membantu siasatan. Majistret Muhammad Syaiful Akmal Mohamad Razi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Majoriti Rohingya di Perlis miliki kad UNHCR, JIM terus pantau

KANGAR โ€“ Kebanyakan etnik Rohingya yang berada di Perlis didapati memiliki kad pendaftaran Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), namun Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) negeri akan terus mempergiat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PM seru kempen PRN Johor berlangsung matang, hormati rakyat

PM seru kempen PRN Johor berlangsung matang, hormati rakyat

๐Š๐‹๐Ÿ๐ŸŽ dijangka berlangsung pada suku keempat 2026 – Menteri

๐Š๐‹๐Ÿ๐ŸŽ dijangka berlangsung pada suku keempat 2026 – Menteri

Kes bayi jatuh kerusi meninggal: Pengasuh direman 3 hari bermula hari ini

Kes bayi jatuh kerusi meninggal: Pengasuh direman 3 hari bermula hari ini

Majoriti Rohingya di Perlis miliki kad UNHCR, JIM terus pantau

Majoriti Rohingya di Perlis miliki kad UNHCR, JIM terus pantau

Anwar tekad terus pertingkat prestasi, tidak leka dengan pujian

Anwar tekad terus pertingkat prestasi, tidak leka dengan pujian

Kerajaan percepat pembinaan rumah sewa penjawat awam di tanah kerajaan – PM

Kerajaan percepat pembinaan rumah sewa penjawat awam di tanah kerajaan – PM