Budaya boikot sehingga cetus perbalahan agama, kaum perlu ditolak

SUBANG JAYA – Sebarang usaha antagonis termasuk budaya boikot yang boleh mencetuskan ketegangan antara kaum dan agama perlu ditolak.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, tindakan sedemikian boleh menjejaskan keharmonian masyarakat majmuk di negara ini.

Katanya, kerajaan sebagai pentadbiran yang rasional tidak menyokong sebarang usaha bersifat memecah-belahkan rakyat khususnya dalam urusan perniagaan dan ekonomi.

“Saya tidak fikir perlu ada usaha-usaha antagonis kerana perkara itu tidak baik. Satu ketika dahulu kita pernah mendengar seruan supaya hanya membeli barangan daripada kumpulan yang sama akidah, namun kerajaan melarang perkara itu daripada dilakukan.

“Oleh itu, saya berharap perkara seperti ini tidak harus ditimbulkan kerana ia tidak baik untuk sebuah negara yang mempunyai masyarakat pelbagai kaum dan agama,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Program Pelancaran Kempen Mega Rahmah Ramadan dan Kasih Syawal di Mydin Hypermarket Subang Jaya, pada Ahad.

Sebelum ini, media melaporkan kenyataan Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong mendakwa sebuah pasar raya mendapat lebih manfaat daripada pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah (Sara).

Mengulas mengenai inisiatif penjualan barangan keperluan sempena Ramadan dan Aidilfitri, Ahmad Zahid berkata, usaha yang dilaksanakan Mydin disifatkan sebagai pendekatan berkesan dalam membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat khususnya golongan B40.

Katanya, harga barangan yang ditawarkan didapati berada di bawah harga pasaran dan memberi manfaat besar kepada pengguna berpendapatan rendah.

“Harga yang ditawarkan adalah di bawah harga pasaran dan ini cukup baik untuk kumpulan B40.

“Selain itu, Menu Rahmah yang disediakan juga mencukupi dari segi nutrisi dengan harga yang sangat rendah selari dengan keperluan rakyat,” katanya.

Ahmad Zahid turut menyeru para peniaga supaya mengamalkan pendekatan perniagaan yang seimbang dengan tidak hanya menumpukan kepada keuntungan semata-mata.

“Sikap dan sifat seperti inilah (Mydin) yang kita perlukan iaitu bukan hanya mementingkan keuntungan semata-mata, tetapi keuntungan yang munasabah.

“Namun, yang lebih penting ialah barakah dan saya yakin usahawan lain di peringkat bawahan juga boleh mencontohi apa yang telah dilakukan oleh Mydin,” katanya.

Related Posts

LTSIP pacu ekonomi Kelantan, buka laluan terus ke hab ASEAN

Oleh: Siti Nur Asyikin Mohd Rosli KOTA BHARU – Projek Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) yang dinaik taraf dijangka menjadi pemangkin utama pertumbuhan ekonomi Kelantan apabila ia berfungsi sebagai…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sebaran berita palsu pembekalan diesel ke Filipina, individu disiasat

CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) membuka kertas siasatan terhadap seorang individu yang menyebarkan berita palsu berhubung dakwaan pembekalan bahan api diesel kepada Filipina. Menurut MCMC, pihak berkuasa…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

LTSIP pacu ekonomi Kelantan, buka laluan terus ke hab ASEAN

LTSIP pacu ekonomi Kelantan, buka laluan terus ke hab ASEAN

Sebaran berita palsu pembekalan diesel ke Filipina, individu disiasat

Sebaran berita palsu pembekalan diesel ke Filipina, individu disiasat

KPTNS kekal platform pilihan utama penggiat seni Sabah

  • By Ynom
  • April 18, 2026
KPTNS kekal platform pilihan utama penggiat seni Sabah

Sektor swasta pemacu utama Ekonomi MADANI – PM

Sektor swasta pemacu utama Ekonomi MADANI – PM

Kawalan akaun media sosial perlu, elak risiko dalam talian kanak-kanak – Pengamal undang-undang

Kawalan akaun media sosial perlu, elak risiko dalam talian kanak-kanak – Pengamal undang-undang

Angkut ‘si manja’ balik kampung, pemilik kongsi pengalaman dan cabaran

Angkut ‘si manja’ balik kampung, pemilik kongsi pengalaman dan cabaran