Ringgit meningkat berbanding dolar AS

RINGGIT memulakan urus niaga Rabu dengan mencatatkan pengukuhan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), dipacu perbezaan pandangan dalam kalangan pembuat dasar Rizab Persekutuan (Fed) AS mengenai hala tuju kadar faedah.

Pada jam 8.01 pagi, mata wang tempatan diniagakan lebih kukuh pada paras 3.9250/9360 berbanding dolar AS, berbanding 3.9295/9360 ketika ditutup pada Selasa.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, pandangan Gabenor Fed AS, Stephen Miran, yang kekal konsisten menunjukkan kadar dasar semasa berada pada tahap mengekang dan wajar diturunkan bagi merangsang ekonomi.

Beliau turut menjelaskan bahawa Presiden Federal Reserve Bank of Richmond, Tom Barkin, berpandangan penurunan kadar faedah yang dilaksanakan tahun lalu bertujuan sebagai pemotongan insurans bagi mengelakkan kemerosotan lanjut dalam pasaran buruh.

Fed AS pada 28 Januari lalu memutuskan untuk tidak menurunkan kadar faedah pada mesyuarat pertamanya bagi tahun 2026, dengan mengekalkan kadar dana persekutuan (FFR) pada julat antara 3.50 hingga 3.75 peratus.

Mengulas prestasi mata wang tempatan, Mohd Afzanizam berkata, ringgit menutup dagangan semalam dengan trend menaik berbanding dolar AS dan berpotensi meneruskan momentum itu dengan paras sokongan terdekat pada RM3.8722.

“Mungkin hari ini, pergerakan harga semasa dolar AS dan ringgit atau AS$/MYR boleh berlegar antara 3.92 hingga 3.94,” katanya kepada Bernama.

Dalam pada itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.

Ringgit mengukuh berbanding yen Jepun kepada 2.5189/5262 daripada 2.5210/5253 pada penutupan Selasa, namun susut berbanding euro kepada 4.6370/6500 daripada 4.6341/6417 serta melemah berbanding pound Britain kepada 5.3749/3900 daripada 5.3704/3793.

Mata wang tempatan turut mencatatkan kenaikan berbanding dolar Singapura kepada 3.0898/0990 daripada 3.0919/0973, mengukuh berbanding baht Thailand kepada 12.3942/4376 daripada 12.4584/4845, dan meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 234.2/235.0 daripada 234.5/235.0 sebelumnya.

Sebaliknya, ringgit mencatatkan penyusutan berbanding peso Filipina kepada 6.71/6.73 daripada 6.66/6.68.

Related Posts

Jentera kempen PN kurang menyengat tidak seperti PH, BN bersemangat

BATU PAHAT – Pakatan Harapan (PH) dilihat memulakan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dengan momentum paling positif apabila berjaya menghimpunkan kehadiran penyokong yang ramai pada hari penamaan calon. Suasan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pemansuhan caj RM1 di bank ringan beban kewangan, lancar aliran tunai harian

TAWAU – Pemansuhan caj RM1 bagi pengeluaran tunai antara bank di mesin pengeluaran automatik (ATM) dan mesin kitar semula pintar (SRM) yang berkuat kuasa hari ini dilihat mampu meringankan beban…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

CUEPACS Sarawak sokong langkah KPDN batal had jualan diesel demi kesejahteraan guru

CUEPACS Sarawak sokong langkah KPDN batal had jualan diesel demi kesejahteraan guru

Kerjasama MITA perkukuh potensi Miri sebagai hab edupelancongan

Kerjasama MITA perkukuh potensi Miri sebagai hab edupelancongan

Tiga tekad jadi panduan Rozy bawa perubahan di Buloh Kasap

Tiga tekad jadi panduan Rozy bawa perubahan di Buloh Kasap

Gagal kemuka dokumen pelepasan, kapal tunda ditahan di Perairan Miri

Gagal kemuka dokumen pelepasan, kapal tunda ditahan di Perairan Miri

Maxim Malaysia jayakan Silent Run 5.0 bina jambatan perpaduan komuniti

Maxim Malaysia jayakan Silent Run 5.0 bina jambatan perpaduan komuniti

PDRM Sarawak, PPDB perkasa kerjasama berkas penjenayah rentas sempadan

PDRM Sarawak, PPDB perkasa kerjasama berkas penjenayah rentas sempadan