Restoran cuci baki makanan diarah tutup 14 hari – JKNNS

PREMIS makanan yang didakwa mencuci lebihan makanan untuk dimasak dan dijual semula telah dikenakan tindakan penguatkuasaan serta diarahkan tutup 14 hari bermula Selasa.

Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan (JKNNS) memaklumkan, arahan penutupan premis itu dilakukan mengikut Seksyen 11, Akta Makanan 1983, serta pengeluaran notis kompaun di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

“Kami mengambil maklum aduan yang tular di media sosial mengenai pengendali makanan yang mencuci saki baki makanan seperti daging ayam, daging kambing dan tauhu.

“Ia didakwa daripada lebihan masakan yang tidak habis dijual untuk dimasak semula pada keesokan hari dipercayai berlaku di sebuah restoran di Seremban.

“Jabatan ini sudah menjalankan siasatan terhadap restoran berkaitan,” katanya menerusi kenyataan, pada Rabu.

Sehubungan itu, JKNNS menegaskan, pihaknya memandang serius isu kebersihan dan keselamatan makanan.

Justeru, orang ramai terutama pemilik, pengusaha dan pengendali makanan diwajibkan untuk memastikan aspek keselamatan makanan terjaga.

“Pengabaian ke atas aspek kebersihan dan keselamatan makanan boleh menyebabkan keracunan makanan.

“Orang ramai juga dinasihatkan untuk sentiasa mengutamakan keselamatan makanan dengan mengamalkan ‘Perhati dan Pilih’ ketika memilih premis makanan serta amalkan ‘Lihat Hidu Rasa’ kerana ia langkah paling mudah untuk mengelakkan keracunan makanan,” katanya.

Sementara itu, Majlis Bandaraya Seremban (MBS) turut mengeluarkan tiga kompaun berjumlah RM750 kepada pemilik perniagaan antaranya kerana kesalahan menjalankan perniagaan tanpa kebenaran MBS.

Dua kesalahan lagi adalah mempamerkan iklan tanpa kebenaran MBS dan tidak menjaga kebersihan serta tiada jadual pembersihan tandas.

Terdahulu, sebuah kedai nasi kandar di kawasan pusat beli-belah di Palm Mall, di sini ‘kantoi’ apabila tindakan mereka mencuci sisa makanan dipercayai untuk dimasak semula terbongkar.

Perbuatan pekerja kedai makan itu kira-kira jam 12 tengah malam Isnin dikesan orang awam yang kebetulan berada di kawasan berhampiran, sebelum video mengenainya dimuat naik di media sosial.

Saksi kejadian itu memaklumkan, ketika kejadian di berada di kawasan parkir hadapan Palm Mall, sebelum ternampak kejadian di bahagian belakang kedai makan itu.

Related Posts

Gerakan Setia UMNO bangkit semangat pemuda FELDA

KUANTAN – Mesyuarat penyelarasan program Gerakan Setia UMNO peringkat FELDA Jengka 24, Jerantut, diadakan malam tadi. Program itu akan diadakan pada 30 Mei ini, bertujuan membina momentum awal dan memberi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MDLBS komited tingkat mutu perkhidmatan di Sibu Jaya

Oleh: Nana Mohamad & Eveline B SIBU – Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) komited untuk terus mempertingkat mutu penyampaian perkhidmatannya bagi memenuhi keperluan penduduk di Sibu Jaya yang semakin…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Villa ke Liga Juara-Juara lepas kalahkan Liverpool

Villa ke Liga Juara-Juara lepas kalahkan Liverpool

Gerakan Setia UMNO bangkit semangat pemuda FELDA

Gerakan Setia UMNO bangkit semangat pemuda FELDA

MDLBS komited tingkat mutu perkhidmatan di Sibu Jaya

MDLBS komited tingkat mutu perkhidmatan di Sibu Jaya

Saringan awal pastikan warga IPD Limbang kekal cergas

Saringan awal pastikan warga IPD Limbang kekal cergas

Kecemerlangan Dr Velerie bukti pendidikan memanusiakan manusia – Fadhlina

Kecemerlangan Dr Velerie bukti pendidikan memanusiakan manusia – Fadhlina

Amanah kepimpinan dalam demokrasi Malaysia

Amanah kepimpinan dalam demokrasi Malaysia