Sepanyol bakal haram media sosial untuk golongan bawah 16 tahun

OVIEDO – Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez semalam mengumumkan rancangan melarang golongan bawah umur 16 tahun daripada mengakses platform media sosial sebagai sebahagian daripada usaha lebih luas untuk memperketatkan kawalan selia, lapor Anadolu Ajansi.

“Kami akan melindungi mereka daripada dunia digital yang tidak terkawal,” katanya pada Sidang Kemuncak Kerajaan Dunia di Dubai.

Beliau berkata, platform akan diwajibkan untuk memperkenalkan langkah pengesahan umur bagi tujuan akses.

Sanchez berkata, kerajaan akan meluluskan rang undang-undang minggu depan yang akan meletakkan liabiliti jenayah ke atas eksekutif platform digital bagi penyebaran kandungan haram.

Beliau turut menggesa pendakwa raya menyiasat kandungan haram di platform berkenaan.

Katanya, Sepanyol akan menjadikan manipulasi algoritma sebagai satu kesalahan jenayah.

“Maklumat palsu tidak muncul begitu sahaja,” katanya.

Sanchez memetik contoh aktiviti yang didakwa sebagai jenayah, termasuk dakwaan bahawa pornografi kanak-kanak dicipta menggunakan alat kecerdasan buatan Grok atau disebarkan di platform media sosial lain.

Beliau turut merujuk kepada maklumat palsu yang menurutnya disebarkan oleh Elon Musk – CEO X – mengenai rancangan Sepanyol untuk melunaskan status kira-kira 500,000 pendatang.

Related Posts

Trump dakwa lulus cemerlang ujian kognitif

MOSCOW – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, menyatakan dia menjalani peperiksaan kognitif tanpa sebarang kesilapan buat kali keempat dan mencatatkan keputusan yang sangat cemerlang. “Keputusan Pemeriksaan Fizikal saya di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bekalan minyak dunia kritikal jika Selat Hormuz tidak dibuka

WASHINGTON – Tahap keselamatan bekalan bahan api sepanjang musim panas yang menyaksikan permintaan memuncak dijangka berdepan risiko, jika penghantarannya melalui Selat Hormuz tidak kembali beroperasi seperti biasa. Amaran terbabit dikeluarkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai