Ketua tentera AS, Israel bertemu di Pentagon

WASHINGTON – Jeneral tertinggi Amerika Syarikat (AS) dan Israel mengadakan pertemuan di Pentagon kelmarin, di tengah-tengah ketegangan memuncak dengan Iran.

Pertemuan itu didedahkan dua pegawai AS yang enggan mendedahkan identiti mereka kepada Reuters.

Pegawai berkenaan juga tidak memberikan butiran lanjut mengenai pertemuan tertutup antara Jeneral AS, Dan Caine Pengerusi Ketua Turus Bersama dan Ketua Staf Angkatan Tentera Israel, Eyal Zamir.

Pertemuan sedemikian juga tidak pernah dilaporkan sebelum ini.

Dalam perkembangan sama, Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz semalam dikatakan mengadakan pertemuan dengan Zamir selepas menghadiri pertemuan di Washington.

Menurut pejabat Katz, antara intipati pertemuan itu bagi menilai situasi di rantau Asia Barat serta tahap kesiapsiagaan operasi tentera Israel untuk menghadapi sebarang kemungkinan senario.

Ketika ini, AS sedang meningkatkan kehadiran tenteranya di perairan serta memperkukuhkan pertahanan udara di kawasan Asia Barat.

Tindakan itu dibuat selepas Presiden AS, Donald Trump, berulang kali mengancam Iran bagi menekan negara itu kembali ke meja rundingan.

Sebagai respons, kepemimpinan Iran memberi amaran kemungkinan meletusnya konflik serantau sekiranya AS melancarkan serangan.

Related Posts

Trump dakwa lulus cemerlang ujian kognitif

MOSCOW – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, menyatakan dia menjalani peperiksaan kognitif tanpa sebarang kesilapan buat kali keempat dan mencatatkan keputusan yang sangat cemerlang. “Keputusan Pemeriksaan Fizikal saya di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bekalan minyak dunia kritikal jika Selat Hormuz tidak dibuka

WASHINGTON – Tahap keselamatan bekalan bahan api sepanjang musim panas yang menyaksikan permintaan memuncak dijangka berdepan risiko, jika penghantarannya melalui Selat Hormuz tidak kembali beroperasi seperti biasa. Amaran terbabit dikeluarkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

DUN Negeri Sembilan bubar Jumaat, PH tanding solo

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Kalau tidak Jumaat, Isnin DUN Negeri Sembilan dijangka bubar

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Perlis terima RM4 juta hasil hubungan baik dengan Persekutuan

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Kemelut SD bekas MB Perlis kembali membara

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman lebih berat

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai

PBAPP laksana tarif baharu air mulai 1 Julai