Siasatan kes Rex Tan, China Press dirujuk kepada Peguam Negara dalam masa terdekat

GOMBAK –  Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan siasatan di bawah Akta Hasutan membabitkan seorang bekas wartawan sebuah portal berita dalam talian dengan kertas siasatan dijangka dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara dalam masa terdekat.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, berkata siasatan terhadap kes itu masih berjalan dan beberapa saksi sudah dirakam keterangan bagi membantu siasatan.

“Siasatan masih dijalankan dan kita sedang melengkapkan kertas siasatan sebelum dikemukakan kepada pihak Peguam Negara untuk tindakan lanjut.

“Setakat ini sekitar empat atau lima individu sudah dirakam keterangan sebagai saksi, dan polis tidak menolak kemungkinan akan memanggil saksi lain sekiranya ada keperluan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Program Kepolisan Komuniti Lawatan Ketua Polis Negara ke Program ‘Thaneer Panthal’ Polis Diraja Malaysia (PDRM)di Kuil Sri Subramania Swamy, Batu Caves, pada Ahad.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar S Muthuvelu dan Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar.

Terdahulu, bekas wartawan terbabit, Rex Tan memohon maaf secara terbuka berhubung soalan yang diajukan semasa ceramah awam bertajuk ‘Gaza Exposes the Complicity of International Actors’ pada 12 Januari lalu.

Dalam kenyataan, Tan menyatakan rasa kesal mendalam terhadap soalan yang dirangka dengan tidak baik itu, mengakui bahawa soalan berkenaan kurang relevan dengan acara dan tidak mengambil kira sensitiviti topik terbabit.

Mengulas kes berasingan membabitkan sebuah syarikat media berbahasa Cina, yang turut disiasat mengikut Akta Hasutan, Mohd Khalid berkata, siasatan masih diteruskan dan kertas siasatan sedang dilengkapkan.

Katanya, pihak berkuasa turut memberi perhatian terhadap isu perkauman, agama dan hasutan yang terus muncul di media sosial, selari dengan perkembangan pesat platform digital ketika ini.

“Polis sedang berbincang dengan Jabatan Peguam Negara bagi merangka pendekatan berperingkat dalam menangani isu 3R (raja, agama dan kaum) supaya tindakan penguatkuasaan dapat dilaksanakan secara berkesan.

“Isu ini semakin meningkat seiring perkembangan media sosial dan tindakan akan diambil secara berperingkat mengikut undang-undang.

“Kita bekerjasama rapat dengan Jabatan Peguam Negara bagi memastikan pendekatan yang diambil bersesuaian serta selaras dengan peruntukan undang-undang,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan polis merakam percakapan ketua editor dan sub editor akhbar berbahasa Cina bagi membantu siasatan satu hantaran di Facebook yang didakwa memaparkan penterjemahan salah titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim semasa Istiadat Pembukaan Parlimen.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar dilaporkan berkata, polis telah memanggil dua pegawai kanan akhbar terbabit kira-kira jam 1 tengah hari, 18 Januari lalu.

Kes disiasat di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan iaitu kenyataan yang mendatangkan khianat awam dengan niat hendak menyebabkan atau mungkin menyebabkan ketakutan atau kegentaran awam.

Katanya lagi, kes juga disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Related Posts

ATM laksana latihan ketenteraan secara tersusun, lalui proses pihak terlibat – MKN

PUTRAJAYA – Pelaksanaan latihan ketenteraan tertakluk kepada prosedur kelulusan yang ketat di samping penyelarasan turut dilakukan bersama kementerian dan agensi berkaitan. Majlis Keselamatan Negara (MKN) menerusi kenyataan memaklumkan, bagi kawasan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
2 penjenayah maut berbalas tembakan dengan polis

KUALA LUMPUR – Dua penjenayah warga tempatan ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan dengan pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman di Jalan Persiaran Seri Putra 2, Bandar Seri Putra,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kes tikam ibu tunggal, ejen hartanah diarah jalani pemeriksaan psikiatri

Kes tikam ibu tunggal, ejen hartanah diarah jalani pemeriksaan psikiatri

Bekalan minyak negara masih mencukupi, RON95 bersubsidi kekal RM1.99 seliter- PM

Bekalan minyak negara masih mencukupi, RON95 bersubsidi kekal RM1.99 seliter- PM

Polis siasat hantaran Facebook berbaur provokasi kaum, agama

Polis siasat hantaran Facebook berbaur provokasi kaum, agama

Kerajaan akan ambil langkah drastik sedia pekerjaan alternatif

Kerajaan akan ambil langkah drastik sedia pekerjaan alternatif

Kecurian 100 meter kabel jejas sistem semboyan, operasi ETS dan KTM Komuter Utara tergendala

Kecurian 100 meter kabel jejas sistem semboyan, operasi ETS dan KTM Komuter Utara tergendala

PKR susun semula jentera pilihan raya, Amirudin dan Saifuddin diberi peranan utama

PKR susun semula jentera pilihan raya, Amirudin dan Saifuddin diberi peranan utama